![]() |
Posing depan kedai photostat yang paling awal di KT. |
![]() |
Bersama Ali Pok Mang berhampiran Kedai Payang |
![]() |
Bersama Ayub Khan |
![]() |
Bersama Ali Pok Mang dan Ayub Khan |
Bangunan Pasar Raya Astaka sebenarnya berasal daripada sebuah kompleks bazar yang dirancang untuk peniaga-peniaga Melayu. Namun begitu, disebabkan kurang sambutan maka akhirnya kerajaan negeri bersetuju menyewakan bangunan tersebut kepada rangkaian The Store. Tak pasti apa nasib peniaga-peniaga Melayu yang menyewa lot premis perniagaan di situ.
Sebenarnya, sebelum wujud Astaka telah muncul sebuah lagi pasar raya yang tak berapa raya ketika itu. Namanya SABASUN. Di awal kemunculannya, ramai yang meramalkan ia tidak akan dapat bertahan lama. Kedudukannya yang tidak berada di pusat bandar dijangka tidak akan dapat memberi saingan kepada Hock Kee Seng. Tapi apa yang berlaku adaalah sebaliknya. Dengan slogan 'Muroh Sokmo', ia telah berjaya menarik pelanggan dalam masa yang agak singkat. SABASUN menjadi sebutan ramai kerana dikatakan sentiasa menawarkan harga barangan yang lebih rendah.
Kerancakan di SABASUN kendur seketika bila muncul jirannya yang bernama MYDIN MALL. Kemudian muncul pula seekor gergasi yang bernama GIANT.
Aku tak berapa tahu asal usul MYDIN. Yang jelas mereka mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah. Penglibatan mereka dalam projek kedai runcit 1Malaysia menjadai bukti yang jelas.
GIANT pula adalah sebuah syarikat konglomerat Singapura. Khabarnya, Kerajaan Malaysia melabur dalam syarikat ini menggunakan wang KWSP. Situasi sedemikian telah berjaya menjadikan GIANT bertapak kukuh seantero Malaya.
Kini, 'turung bbandor' sudah jarang kedengaran. Digantikan dengan 'gi mydin', atau 'gi giant', atau 'gi sabasun'.
Oh ya hampir terlupa nak maklumkan bahawa hanya SABASUN sahaja pasar raya milik Bumiputera di bandaraya Kuala Terengganu ini.