Tuesday, November 27, 2012

TURUNG BBANDOR GI SUPERMARKET

Posing depan kedai photostat yang paling awal di KT.

Bersama Ali Pok Mang berhampiran Kedai Payang

Awal 80-an. Tiap kali 'turung bbandor', antara agenda wajib kami ialah lepak di stesen bas, melihat telatah penjual-penjual ubat, tengok wayang di panggung Rex atau Cathay, sembahyang di masjid Putih dan kadang-kadang menyusur Jalan Banggul ke Kedai Payang.  Oh ya, yang paling wajib ialah window shooping di Pasar Raya Kuala Terengganu
Bersama Ayub Khan
Bersama Ali Pok Mang dan Ayub Khan

Pasar  Raya Kuala Terengganu atau Kuala Terengganu Supermarket merupakan pasar raya terawal di Kuala Terengganu.  Namanya kemudian bertukar menjadi Pasar Raya Hock Kee Seng.  Aku tak pasti sama ada pasar raya itu di  ambil alih oleh pihak lain atau sekadar tukar nama.  Namun aku mendapat tahu bahawa Hock Kee Seng merupakan rangkaian dua buah supermarket lain yang kemudiannya muncul di Kuala Terengganu iaitu Pasar Raya Bumi dan Pasar Raya Astaka.  Pasar Raya Bumi kemudiannya bertukar nama menjadi Pasar Raya The Store.   Dalam masa yang sama juga, rangkaian Mydin telah membuka cawangannya tidak jauh daripada Hock Kee Seng.  Walaupun kedudukan Mydin agak tersorot dan tidak strategik, namun harga barangan yang ditawarkan telah berjaya menarik ramai pelanggan.

Bangunan Pasar Raya Astaka sebenarnya berasal daripada sebuah kompleks bazar yang dirancang untuk peniaga-peniaga Melayu.  Namun begitu, disebabkan kurang sambutan maka akhirnya kerajaan negeri bersetuju menyewakan bangunan tersebut kepada rangkaian  The Store.  Tak pasti apa nasib peniaga-peniaga Melayu yang menyewa lot premis perniagaan di situ.

Sebenarnya, sebelum wujud Astaka telah muncul sebuah lagi pasar raya yang tak berapa raya ketika itu.  Namanya SABASUN.  Di awal kemunculannya, ramai yang meramalkan ia tidak akan dapat bertahan lama.  Kedudukannya yang tidak berada di pusat bandar dijangka tidak akan dapat memberi saingan kepada Hock Kee Seng.  Tapi apa yang berlaku adaalah sebaliknya.  Dengan slogan 'Muroh Sokmo', ia telah berjaya menarik pelanggan dalam masa yang agak singkat.  SABASUN menjadi sebutan ramai kerana dikatakan sentiasa menawarkan harga barangan yang lebih rendah.

Kerancakan di SABASUN kendur seketika bila muncul jirannya yang bernama MYDIN MALL.  Kemudian muncul pula seekor gergasi yang bernama GIANT.

Aku tak berapa tahu asal usul MYDIN.  Yang jelas mereka mempunyai hubungan rapat dengan pemerintah. Penglibatan mereka dalam projek kedai runcit 1Malaysia menjadai bukti yang jelas.

GIANT pula adalah sebuah syarikat konglomerat Singapura. Khabarnya, Kerajaan Malaysia melabur dalam syarikat ini menggunakan wang KWSP.  Situasi sedemikian telah berjaya menjadikan GIANT bertapak kukuh seantero Malaya.

Kini, 'turung bbandor' sudah jarang kedengaran.  Digantikan dengan 'gi mydin', atau 'gi giant', atau 'gi sabasun'.

Oh ya hampir terlupa nak maklumkan bahawa hanya SABASUN sahaja pasar raya milik Bumiputera di bandaraya Kuala Terengganu ini.





5 comments:

Tolahah said...

kalau dok silap pasaraya pertama sekali di kuala terengganu ialah Paya Bunga Supermarket (kini hock kee seng).

zizie ali said...

Seingat ambe, sebelum tukar nama Hock Kee Seng namanya memang Kuala Terengganu Supermarket. Boleh jadi nama Pasar Raya Paya Bunga sebelum tu. wallah hu'allam.

insan said...

nak kongsi sket pasal MYDIN..head quarternya..yg ayahnya punya dikota bharu..di kt..lot kedai yang dekat bangunan plaza (dulu thn 80an..memang femes laza tol..set2 kluar bando..ada yg suka g sini..kalu x salah..bangunan ertama yg ada eskulator. masa tu ada kedai buku dll..dan budak laki suka g..sebab ada snooker kot...mydin dulu pembekal minyak atar..sepit rambut dll yg banyak dijual kat lorong belakang stesen bas..bermula dari situ..lot kedai bertambah jadi 2 pintu dan 2 tingkat dan barangan bertambah..dan buka cawangan dkt pasar payang..dan bermula la era perniagaan mereka di padang hiliran dulu org panggil...dan bertukar menjadi Berhad...

zizie ali said...

insan:
wow.. maklumat tambahang..

FaqiruLlah M.Z. Hj. Hamzah alZikr said...

doh ye ahh