Wednesday, January 09, 2013

ANTARA DUA ZAMAN

..

          Zaman kami.  Asrama adalah tempat yang sangat istimewa.  Ada air paip, ada katil bertilam, ada nasi kawah dengan pelbagai jenis lauk bertukar ganti.  Di kampung, kami cuma mandi air telaga atau sungai.  Tidur beralas tikar mengkuang lusuh. Makan nasi berlauk ala kadar.

          Sebab itu bila dikhabarkan aku dapat masuk asrama di sebuah sekolah budak-budak cerdik, rasa diri bagai di awan biru.  Gembira tak terkata.

          Zaman anak kita.  Bilik air rumah kita taraf 5 bintang.  Bilik tidur ada aircon.  Dapur hanya kalah sikit sahaja daripada dapur Chef Wan.  Sekali sekala pekena pulak nasi mandy kambing atau siakap 3 rasa di restoran. 

          Sebab itulah bila dikhabarkan kepada anak kita bahawa dia terpilih ke asrama sekolah budak-budak cerdik, riak gembira kurang menyerlah.  Mungkin terbayang dimindanya tentang pelbagai ‘kehilangan’ yang bakal ditempuhi.

4 comments:

naming said...

Setuju, masuk asrama, tidak lagi mandi di perigi, makanan yg cukup, kalau di rumah, dlam setahun, mungkin sekali dua merasa lauk daging....

Anonymous said...

Aku dulu dirumah pelita ayam je, mandi perigi, berak dalam semak, lauk ayam bila ada tamu datang. Tv kena berjalan 2 batu. Kecuali malam sabtu cerita melayu tengok di kedai kopi duduk atas rumput, jalan malam pakai jamong pelepah nyor, kaki ayam relak je. Anak lening paling lama dok asrama 2 minggu, lepas tu nangis nok balik. Perbezaan dua zaman, zaman cucu kita dok tahulah guane, kalu panjang umur bolehlah kita buat perbandingan

Zizie Ali said...

Naming: Ttemu daging masa majlis nnamat di ssejid dan masa gheban raya aji.

Anony: jamong plepoh nyor.. budok lening dok tahu ape benda tu..

Ali Mohamad said...

Ingat zaman kita sekoloh dulu..