Friday, January 18, 2013

FENOMENA KERUDUNG

1975


Tahun awal 70-an, aku masih di bangku sekolah menengah.  Kami ke sekolah berseluar pendek.  Pelajar perempuan pula memakai skirt. 

          Pada masa itu amat sukar untuk ketemu perempuan Melayu yang bertudung litup.  Malah, muslimat PAS pun hanya berselendang dan berjambul.    Presiden PAS ketika itu ialah Dato’ Asri Haji Muda.
1977
                           Yang bertudung labuh pada masa itu kebanyakannya adalah muslimah ABIM.  Ketika itu ABIM dipimpin oleh Ustaz Fadzil Mohd Noor yang pada peringkat awalnya hanya memangku jawatan Yang diPertua ABIM kerana  Saudara Anwar Ibrahim masih dalam tahanan selepas peristiwa Demonstrasi Baling.  Dikatakan zaman itu adalah zaman  kegemilangan ABIM kerana dipenuhi oleh tokoh berkaliber seperti Sidek Fadhil, Kamarudin Mohd Noor, Kamal Hassan, Kamarudin Jaafar, Fuad Hassan, Hadi Awang,  Dahlan Md Zain, Mahmud Zuhdi, Abu Bakar Chik, Zalikhah Mohd Nor, Mohamad Sabu, Sidek Baba, Harun Din, Ahmad Ibrahim, Razali Nawawi, Ahmad Awang, Nakhaie Ahmad, Uthman ElMuhammady, Ashaari Muhammad dan ramai lagi.  Ustaz Ashaari Muhammad menjawat jawatan sebagai Pengerusi Biro Dakwah ABIM Wilayah Persekutuan sebelum keluar daripada NGO tersebut dan menubuhkan Jamaah Al-Arqam. 
1978
          Muslimah PAS dilihat mula berjinak-jinak dengan tudung labuh pada akhir-akhir tahun 70-an.  Fenomena tersebut semakin ketara bila kepimpinan PAS berpindah kepada Ustaz Yusuf Rawa.  Beliau mula memegang jawatan sebagai Presiden PAS pada tahun 1982.  Seorang tokoh  yang amat diingati kerana pernah menewaskan Dr Mahathir dalam pilihan raya umum 1969.

          Di sekolah-sekolah, pertentangan antara pelajar yang memakai tudung dengan pihak pentadbir sekolah sering menjadi isu ketika itu.  Isu tersebut hanya agak reda sesudah Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling MEMBENARKAN pemakaian tudung pada tahun 1983. 

3 comments:

Bunga Rampai said...

Era kini memakai tudung bukan lagi perkara aneh... yang aneh ialah fesyen dan cara memakainya yang pelik pelik.

zizie ali said...

Rampai:
Betul. Yg aneh ialah cara memakainya. Dan yg paling aneh ialah yg masih enggan memakainya.

Ali Mohamad said...

Betul tu..dulu orang dewasa di kampung ramai tak pakai tudung. Kalau ada pun cuma seendang sangkut macam gambar kawan2 kita masa tingkatan 5 tu. Bagi yg. masih tak mahu pakai tudung (hijab) cuba tengok ni..https://www.facebook.com/photo.php?fbid=638588529484526&set=a.592816070728439.1073741826.592143614129018&type=1&theater