Zaman aku kanak-kanak, pilihan raya bukanlah
sesuatu yang suspens. Kami dah dapat
agak. Dacing pasti akan menang.
Calon
Dacing bagi kawasan parlimen Kuala Terengganu ialah Dato’ Haji Mustaffa Ali
atau lebih dikenali dengan panggilan Cikgu Pa.
Lawan beliau ialah Kassim Ahmad daripada parti Kepala Lembu.
Pada
masa itu aku memang sangka Cikgu Pa adalah orang UMNO. Selepas aku cerdik sikit baru aku tahu bahawa
beliau rupa-rupanya orang ‘Bulan Bintang’.
Masa tu parti Pas pakai lambang bulan bintang macam bendera Turki. Bukan lambang bulat penuh macam bendera
Bangladesh seperti hari ini. Oh, perlu
kamu diperingatkan bahawa tika itu Pas masih merupakan salah satu parti komponen
Barisan Nasional.
Ya. Dacing pasti menang. Sebab orang dacing adalah hero. Orang Kepala Lembu adalah orang jahat. Itulah yang ada dalam kepala aku ketika
itu. Sehinggalah aku ke sekolah menengah
baru pendirian tersebut sedikit berubah.
Kawanku yang bernama Alias Ibrahim berjaya meyakinkan aku bahawa orang
Kepala Lembu merupakan para pejuang yang rela mengorbankan kesenangan hidup
semata-mata memperjuangkan satu ideologi yang sungguh murni.
Maka
pada musim pilihan raya banyaklah bertampalan dan bergantungan gambar-gambar Cikgu Pa dan Kassim Ahmad
di kampung kami. Di batang pokok kelapa,
di tiang wakaf, di dahan pokok duku dan sebagainya. Gambar Cikgu Pa nampak jauh lebih cantik
daripada gambar Kassim Ahmad yang agak kelabu.
Salah seorang orang kuat Cikgu Pa di kampung kami ialah bapa sepupuku. Yang tinggal bersebelahan rumahku. Seorang yang agak berpengaruh di kampung kami kerana kepetahannya berhujah. Pada musim pilihan raya dia akan meninggalkan sebentar 'kerja biasa'nya. Mungkin pendapatan yang diperoleh daripada melaksanakan kerja kempen mengempen agak berbaloi. Sesudah habis pilihan raya, beliau akan kembali kepada 'kerja biasa'nya iaitu menganjurkan acara-acara judi seperti berlaga ayam, berlaga ikan sekilau, dan bermain daun terup. Sepanjang yang aku tahu dia tidak ada sumber pendapatan yang lain selain daripada itu. Oh silap..., sebenarnya ada satu lagi sumber pendapatannya iaitu menjadi tokey blackmarket di pawagam Rex atau Cathay bila ada filem boxoffice.
Glosari:
Dacing ; Barisan Nasional (BN)
Kepala Lembu ; Parti Sosialis Rakyat Malaya (PSRM)
blackmarket ; memborong tiket dan menjual kembali dengan harga yang lebih tinggi.

No comments:
Post a Comment