Kalaulah PAS berjaya berkongsi kuasa di Malaya ini, saya
tidaklah terlalu mengharap hukum hudud akan segera dilaksanakan. Sedangkan Erdogan di Turki dan Morsi di Mesir
yang belum melaksanakan hukum hudud pun berhempas pulas menghadapi tentangan
dan pengkhianatan dari pelbagai penjuru, apa lagi jika mereka melaksanakan
hukum hudud.
Sebagaimana kita sedia maklum, Turki dan Mesir mempunyai
majoriti umat Islam yang jauh mengatasi Malaya.
Mereka juga mempunyai sejarah perjuangan gerakan Islam yang amat panjang serta telah menempuh pelbagai tribulasi. Jika di bandingkan dengan Malaya ini,
bolehlah di bandingkan seumpama seorang pemuda gagah dengan seorang bayi yang baru
bertatih. Cumanya, bila mereka berjaya
memegang tampuk pemerintahan, mereka tidak begitu didesak oleh mana-mana pihak
untuk melaksanakan hukum hudud. Mereka
tidak berdepan dengan ‘pulang paku buah keras’.
Mengapa? Kerana mereka punya strategi tersendiri dalam menangani isu
hudud. Ketika mereka berstatus ‘pembangkang’,
mereka tidak pernah mendesak pihak pemerintah melaksanakan hukum hudud. Perjuangan dan dakwah mereka lebih banyak
tertumpu kepada mengamalkan Islam dalam kehidupan individu dan keluarga serta penghapusan
salah guna kuasa, rasuah, dan ketidakadilan.
Kalaulah PAS berjaya berkongsi kuasa di Malaya ini, UMNO
akan terus menerus menggunakan isu hukum hudud sebagai modal untuk membuktikan
bahawa PAS ‘cakap tak serupa bikin’.
Pada ketika itu, ia bukan lagi dilaungkan oleh mereka yang cintakan syariat Allah. Lirik seperti ‘PAS takut laksanakan hukum hudud kerana disergah
oleh Karpal Singh’ akan terus didendangkan.
Hukum hudud memang ideal. Tapi untuk melaksanakannya di bumi Malaya ini tidaklah semudah menurunkan harga kereta atau memberi pendidikan percuma.
No comments:
Post a Comment