Wednesday, March 25, 2009

Ukhti Asilah

.
Pusat Kesihatan Sisya , Mekah diuruskan oleh Tabung Haji dan Kementerian Kesihatan. Cik Hajah Wan Asilah yang dimasukkan semula ke pusat kesihatan tersebut sesudah misi menghantar beliau pulang awal ke tanahair dibatalkan. Hikmahnya, beliau berkesempatan menghirup udara Madinah.

Sempat menziarahi beliau dua kali dan membantu sedikit sebanyak terutama berkaitan urusan memindahkan beliau ke Pusat Kesihatan Madinah.

Ukhti Asilah mengidap kanser. Catatan-catatan di saat beliau mengetuk pintu kematian ada terdapat dalam blog Cikgu Sharifah Hanim. ...ALFATIHAH...
.

Sunday, March 08, 2009

escalator

.

"Tadi nampak macam Samad Said berlepas bersama rombongan KT 26" Kata Na. Ketika itu kami masih di Kelana Jaya.
KOMA

"Tak perasan ke Samad Said lalu belakang abang tadi? " kata Na juga. Tika itu aku sedang bersantai-santai di samping dua wanita Nigeria sambil menunggu Na keluar dari tandas. Sementara menunggu azan magrib berkumandang dari menara Masjidil Haram.
KOMA


Na dah mengatasiku 2-0 dalam pertandingan melihat Samad Said. Sehinggalah aku berjaya merapatkan jurang gol pada satu pagi sesudah bersarapan di restoran De Saji Felda yang terletak di jalan Ijyad tidak jauh dari penginapan kami.

"Apa khabar? " Basa basi Pak Samad sesudah menyambut salamku.

"Alhamdulillah.." jawabku sambil mata melilau mencari Na yang sudah hilang dari pandangan.

Escalator terus membawa aku lari dari Pak Samad. Memancung peluang untuk bercakap sepatah dua dengan manusia unik ini. Bercakap tentang haji mabrur dan malboro. Tentang Raudhah. Tentang air zamzam. Tentang Pusara Baqi'. Tentang Tetamu Senja. Tentang Abdul Fakar. Tentang Zakiah. Tentang Kurupaya Samy. Tentang Bulat. Tentang Siti Salina. Tentang Salmi Manja. Tentang Shahnon. Tentang Athantuya. Tentang Balasundram. Tentang Linggam. Tentang Saiful. Tentang Hishamuddin. Dan tentang PPSMI juga.
NOKTAH
.