Monday, December 24, 2007

main air

Balik dari misi. Belek-belek mov dan jpeg. Pagi tadi sempat siapkan klip sepanjang 8 minit. Mov diimport ke dalam Video Studio 8. Susun ala kadar. Masukkan title ala kadar. Masukkan runut bunyi ala kadar. Save dalam format wmv. Supaya pengguna amatur tidak merungut. Masih ramai yang tidak ada codec yang sepatutnya dalam komputer masing-masing untuk memainkan avi.

Namun hasilnya tidaklah mengecewakan. Lagu Antara Dua Cinta sebagai muzik intro rasanya amat sesuai.

apa yang ada jarang disyukuri

apa yang tiada sering dirisaukan

nikmat yang dikejar baru kan terasa

bila hilang...

apa yang diburu timbul rasa jemu

bila sudah di dalam genggaman..

Jpeg tak berapa banyak. Cuma 65 keping. 112 MB. Dan ada banyak juga yang perlu direject dari projek. Antaranya adalah yang berikut:





Satu keluarga terkandas di gigi air Kampung Penor. Katanya nak balik ke Pekan. Akhirnya dapat menumpang bot tentera. Kami merelakan mereka pergi dahulu. Kami lambat sikit tak apa.


Abang RAMD yang super ramah. Bot laju mereka dengan muatan 13 orang

mengambil masa 40 minit dari gigi air kampung Penor ke gigi air Kampung Ubai.











Gigi air kampung Ubai.












Trak Armour membawa kami dari Kampung Ubai ke Pusat bandar Pekan mengambil masa satu jam setengah. Telah meredah air dengan jayanya.




Sunday, December 09, 2007

Kannapan

Peristiharan Kannapan sebagai freshie terbaik memang sudah dijangka. Malah peristiharan itu disambut oleh tepuk sorak oleh semua hadirin. Pada majlis penutup minggu orientasi itu.

Sepanjang minggu orientasi, Kannapan menjadi penghibur kami. Suruhlah dia beraksi sebagai apa sahaja, pasti akan diaksikan oleh Kannapan dengan jayanya.

"Ok, Kannapan..cuba tunjuk macam mana ceti jjalan...op..op nanti dulu, Baiyyah pinjam payung..aa ok..ok..jalan ha ha ha"

Kannapan pun berjalan terhinggut-hinggut. Celah ketiak kiri kepit fail dan pada lengan kanan tersangkut payung Arbaiyyah. Mimik mukanya diubah. Dagunya nampat terkenyut-kenyut seolah mengunyah sesuatu.

"Ha ha ha hang kunyah apa tu Kannapan...ha haha"

"Sirih bang.."

"Ha ha ha.."

Itulah Kannapan. Setiap soalan yang kami ajukan, pastikan akan dibalas dengan jawapan yang menggelikan hati.

Itu cerita minggu orientasi. Tamat sahaja minggu orientasi, Kannapan berubah Karekter. Menjadi agak serius dan begitu berwibawa. Tidak banyak bergurau, malah tajuk bicaranya banyak menjurus kepada yang bernada ilmiah.

Masa pilihanraya kampus, Kannapan menjadi salah seorang calon popular. Terutama di kalangan bukan Melayu. Pidatonya selalu berjaya menarik perhatian. Walaupun dia sebenarnya taklah fasih sangat berbahasa Melayu. Oop..maaf..berbahasa Malaysia.

Kannapan menang dan menjadi salah seorang exco. Ramai warga kampus berpendapat dia sebenar layak menjadi Yang dipertua. Tetapi itu tak mungkin terjadi. Walaupun orang Melayu teramat baik tetapi tidaklah sampai sanggup meletaknya di tempat yang terlalu tinggi..

Dan kami biasanya selalu mengelak dari bertembung dengan Kannapan. Tak tahu sebab apa.