1975 |
Awal tahun 70-an, saya masih di bangku
sekolah menengah. Kami ke sekolah berseluar
pendek. Pelajar perempuan pula memakai
skirt.
Pada masa itu amat sukar untuk ketemu
perempuan Melayu yang bertudung litup.
Malah, muslimat PAS pun hanya berselendang dan berjambul. Presiden PAS ketika itu ialah Dato’ Asri Haji
Muda.
1977 |
Muslimah PAS
dilihat mula berjinak-jinak dengan tudung labuh pada akhir-akhir tahun 70-an. Fenomena tersebut semakin ketara bila kepimpinan PAS berpindah kepada Ustaz Yusuf
Rawa. Beliau mula memegang jawatan
sebagai Presiden PAS pada tahun 1982. Seorang
tokoh yang amat diingati kerana pernah menewaskan Dr Mahathir dalam pilihan raya umum 1969.
Di sekolah-sekolah, pertentangan antara pelajar yang memakai tudung dengan pihak pentadbir sekolah sering menjadi isu ketika itu. Isu tersebut hanya agak reda sesudah Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling MEMBENARKAN pemakaian tudung pada tahun 1983.
Di sekolah-sekolah, pertentangan antara pelajar yang memakai tudung dengan pihak pentadbir sekolah sering menjadi isu ketika itu. Isu tersebut hanya agak reda sesudah Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling MEMBENARKAN pemakaian tudung pada tahun 1983.
3 comments:
Era kini memakai tudung bukan lagi perkara aneh... yang aneh ialah fesyen dan cara memakainya yang pelik pelik.
Rampai:
Betul. Yg aneh ialah cara memakainya. Dan yg paling aneh ialah yg masih enggan memakainya.
Betul tu..dulu orang dewasa di kampung ramai tak pakai tudung. Kalau ada pun cuma seendang sangkut macam gambar kawan2 kita masa tingkatan 5 tu. Bagi yg. masih tak mahu pakai tudung (hijab) cuba tengok ni..https://www.facebook.com/photo.php?fbid=638588529484526&set=a.592816070728439.1073741826.592143614129018&type=1&theater
Post a Comment