Saturday, January 21, 2006

ternama

Mawi, Jac, dan entah sapa-sapa lagi sedang hangat dipromosi oleh Dato' Farid lewat salurannya. Mereka akan berentap dalam pusingan seterusnya AJL. Bukan nak cari siapa yang ternama, tapi nak cari lagu siapa yang ternama.
Untuk cari siapa yang ternama ada satu lagi gathering iaitu ABP. Entah masih ada, entah dah berkubur. Takkan berkubur. Penaja-penaja (terutama shampoo) memang sangat cintakan program sedemikian.
Selain itu banyak lagi gathering untuk mengiktiraf jasa-jasa seniman dan seniwati kita. Salah satu ciri negara maju mengikut acuan brother sam.
Nasihat Cik Easy: "Kalau kau ingin jadi ternama..." (rujuk komen dalam AJ)
Ternama ertinya paling ramai orang menyebut namanya. Ternama dalam bidang masing-masing. Antara tokoh yg ternama di Malaya ialah Ayah Pin, Botak Chin (sekadar menyebut dua nama dari dua bidang).
Ternama hampir sinonim dengan popular. Perkataan POPular tercetus di zaman kehangatan muzik POP. Atau muzik POP dipanggil POP kerana ianya POPular ketika itu? Aku belum buat kajian. Kini ada satu lagu perkataan yang dimelayukan iaitu glamer.
Tidak ada orang orang yang berterusan ternama. Kata orang pandai bijak, hidup bagai roda. Sekali kita di atas sekali kita di bawah. Dikatakan, kalau P.Ramlee masih hidup, beliau mungkin tidak mampu lagi menghasilkan karya seternama Semerah Padi atau Pendekar Bujang Lapuk. Pada ketika itu, seniman biasanya perlu buat pilihan: Sama ada terus menghasilkan karya-karya yang tawar dan hambar atau pencen sahaja. Latiff Mohidin pun dah terlalu jarang menulis sajak (sepuluh tahun sebuah sajak?).
Tidak semua orang mampu memikul beban ternama. Ada orang bila dah ternama, mulalah gelabah. Takut tak mampu mempertahankan keternamaannya.
Ada orang ingin jadi ternama kerana ingin ternama. Tidak lebih dari itu. Namun ada juga yang ingin jadi ternama kerana ingin menggunakan keternamaannya untuk mencapai tujuan lain.
Mengapa anda ingin ternama?

6 comments:

abdullahjones said...

;)

cik easy said...

ohhh pasal kelawar malam tuh.. sebenarnya ianya ayat penguat... macam dalam bahasa arab.. ayat sumpah... dah ler kelawar... malam lagi.. sedangkang memang kelawar keluar malam.. macam org terengganu kata dahaga air... eheheh

mba2u said...

saya ingin "ternama" sebab penambahan 'ter' adalah tidak sengaja. Maka ternama ialah ungkapan tidak sengaja diberikan nama kepada yang bernama (bukan BERNAMA) ha ha ha.

zizie ali said...

jones:
seyummu penuh makna

cik easy:
ye tak ye...pening kepala, lapar perut. Tapi orang klate kata lapa nasik..

mba:
tidak banyak peristiwa yg tak sengaja dlm hidup ini. Yang ingin kita elakkan: terkentut, ha ha ha

Bunga Rampai said...

Salam.

Saya senyum. Senyum yang tak bernama juga tak ternama.

zizie ali said...

senyumlah..senyumlah.. ahai bunga rampai..