Thursday, January 26, 2006

bambino

Kalau masa kau kecik, majalah Bambino sudah tidak diterbitkan, bermakna kau lebih muda dari aku. Kau mungkin berhingus di zaman pasca-Bambino.
Bambino mungkin diinspirasikan dari Beano. Sebab itulah edisi awalnya tidak terdapat watak Bambino. Watak Bambino muncul agak terkemudian. Pelukis Rosdin Sadin penciptanya. Dalam edisi itu, muka depan dikomikkan watak Bambino sedang memancing sambil merungut kerana selama ini dia tidak diizinkan muncul dan disembunyikan oleh Pak Cik Bambino. Pak Cik Bambino ialah nickname ketua pengarang majalah tersebut. Khabarnya Pak Cik Bambino ialah Misyar (Mior Shariman Hassan, iaitu abang kepada penyanyi Mior Sohaimi Hassan)
Rosdin bukanlah termasuk grup pelopor majalah tersebut. Rosdin join agak lewat. Antara pelopornya ialah Misyar, Rizalman, Rejabhad, Jaafar Taib, Samudra Perwira, Sailawati, Halim Teh . Kemudian baru muncul Rosdin bersama Azman, Zainal Buang Husein, Suhaimie, Imuda dan ramai lagi yang aku tak ingat. Lat juga ada menyumbang karya dalam beberapa edisi.
Kemudian berlaku zaman perpecahan. Antaranya ialah Jaafar Taib menjadi ilustrator Utusan, dikuti Zainal Buang Husin (Ilustrator Berita Harian ketika itu ialah R.Hamzah). Imuda ke DBP dan yang lain-lain membawa haluan masing-masing. Rosdin join al-Arqam dan majalah al-Arqam menjadi antara majalah yang punya ilustrasi yang sangat artistik selepas itu. Rizalman menerbitkan majalahnya sendiri iaitu Salina dan Bujal. Turut menyumbang dalam Salina ialah pelukis komik hebat dari Singapura iaitu S.Zain.
Misyar, Azman, Rejabhad dan Jaafar Taib kemudian mengusahakan penerbitan majalah humor Gila-Gila. Misyar menambah koleksi nickname-nya dengan menjadi Mansasau. Turut join kemudiannya ialah Don, Kerengga, Reggie Lee, Long dan ramai lagi yang aku dah lupa. Imuda, Nan, Lat, Rashid Asmawi, juga turut menyumbang karya. Dalam masa yang singkat, Gila-Gila telah menjadi majalah paling laris di Malaysia. Yang dapat menyainginya ketika itu mungkin URTV dan Variapop. Mungkin juga majalah-majalah keluaran al-Arqam.
Majalah al-Arqam dapat menembusi pasaran kerana strategi pemasaran mereka cukup futuristik iaitu secara jualan lansung. Ketika itu jualan langsung hanya dikaitkan dengan tupperware dan elektrolux.
Aku juga sering membeli majalah keluaran al-Arqam meskipun aku tidak berapa selesa dengan ahli-ahlinya. Lelaki berjubah besar dan perempuannya berpurdah. Sesudah menyakat mereka dengan pelbagai provokasi, aku akhirnya akan membeli majalah mereka. Aku cukup tertarik dengan ilustrasi wanita bertudung hasil tangan Rosdin.
Meskipun bertudung, wanita-wanita ciptaan Rosdin amat menggoda. Eyeshadow, pemerah pipi dan senyuman menyerlahkan gigi yang tersusun rapi cukup mempersonakan.

15 comments:

abdullahjones said...

saya membeli gila-gila sejak siri ke dua. lama sebelum itu saya bercita-cita untuk menjadi bujal. :)

Anonymous said...

saya suka bujal, wak segan dan cikgu markonah.

Korakora said...

rasanya, zaman kanak2 aku adalah pada akhir zaman kehidupan bambino. masih sempat membaca dan 'mencuri' majalah itu.

utk anak2 aku, majalah apa yang bakal aku belikan? yg aku lihat di gerai surat khabar mamak ialah majalah kisah benar, khurafat dan cerita artis.

majalah kanak2 sudah tak ada?

sinaganaga said...

Dude,
Jenama BAMBINO adalah milik Raz Studio. Jenama itu dibeli oleh Creative Ent. kemudiannya.

Dan Jones lebih 'lama' daripada kau. Sebab dia sempat baca ANAK RUSA NANI terbitan Suarasa. Ha ha.

Korakora said...

naga, aku dapat juga tau majalah tu. tapi melalui pojok kecil pasal kartun/majalah lama2 dlm gila2. rasanya rejabhad atau jaafar taib punya pjok kecil.

zizie, entri kau bangkitkan ghairah aku utk berGILA-GILA balik.

nanti aku cari. tengok kalau aku boleh berONANI SENI (meminjam kata2 naga yg lucah itu) :)

zizie ali said...

jones,
Saya bercita-ciata jadi wak segan, ha ha.
nurul bahiyah,
saya suka cikgu murni dan haji bakhil. :)
bukunota,
berhati-hati meminjam kata-kata naga. dia seronok kalau ramai orang jadi sepertinya. ha ha.
naga,
Raz Studio milik Rizalman.
Anak rusa Nani lahir selepas Bambino. Diinspirasi dari watak-watak Disneyland.Jadi, sepatutnya rambut AJ lebih tebal dari aku. :)

Yume said...

saya memang sempat baca Bambino sbb memang dah tua pun. :)

JBM8141 said...

ada watak dogol kan dalam Bujal? Sesungguhnya aku membesar dgn bambino, bujal dan gila2. Zaman radio gram... dan salina, dengan cerita-cerita misteri (?). Pakcik aku marah aku baca gila2, tapi dia terdiam bila tengok koleksi komik/majalah aku (termasuk yang diwarisi dari adik beradik aku) boleh dijadikan katil. Sedih bila anai-anai menyerang.

Anonymous said...

Aku teringat pada Nik Abdullah Wan Abdul Majid..dulu ada satu majalah nama 'geli-geli' pas tu tutup...aku tak akan juga lupakan majalah 'fantasi'...strok dia..fuuuh....

Anonymous said...

Allahyarham Nik Abdullah telah meninggal dunia tahun 1993 kerana 'stroke'. Harap maklum.

Dari saudara Arwah.

Anonymous said...

Allahyarham Nik Abdullah telah meninggal dunia tahun 1993 kerana 'stroke'. Harap maklum.

Dari saudara Arwah.

Kalamtimur said...

Sdr Rosdin antara yang awal diberi tugas sebagai ilustrator Bambino berdasarkan komiknya "Menggembara di Dunia Khayal". Kisah dua beradik yang terjatuh didalam perigi buta yang kemudiannya bertemu dengan makhluk asing "alien" lah tu kot. Selepas itu, dia menghasilkan ilustrasi kulit RINA, majalah komik untuk remaja perempuan.

myownmind said...

giler ahhh.. borak komik lama x ajak aku.. keciknye hati akooo ehehehehee...

pakDEN said...

bagi sorang penyokong kuat komik tempatan, artikel ni aku rasakan amat berinfomatif. siap dengan nama2 kartunis lama yg aku sanjungi. izinkan aku menyimpan artikel ni mr. zizie ali!

Kalamtimur said...

saya akan letakkan url saudara di blog saya, izinkan ya...