Wednesday, April 04, 2007

water front

Pabila mentari terbenam, suasana di Water Front bertambah meriah. kau boleh lihat pelbagai ragam manusia. Pelbagai 'jual-beli' juga berlaku di sini. Berhati-hati. Jangan tersalah jual dan jangan tersalah beli. Maklumlah, kau jauh dari kampung halaman. Kau jauh dari yang tersayang.

Dari Water Front kau boleh lihat permandangan yang amat indah di seberang. Istana King Brooke dan Kota Magherita penuh bercahaya. Kompleks Dewan Undangan Negeri Sarawak yang dalam pembinaan juga disinari cahaya. Kerja-kerja pembinaan berjalan 24 jam. Perlu disiapkan sebelum Ketua Menteri yang ada kini bersara.

Untuk ke seberang kau boleh naik sampan dengan tambang 30 sen. Masa yang diambil untuk bersampan ke seberang cuma 2 minit.

Di seberang, acara yang paling utama ialah mengisi perut. Seekor terubuk bertelur bakar hanya sekitar 40 ringgit. Dan jangan lupa juga mencuba laksa Serawak. Kalau makan nasi, cuba cari kedai yang menyediakan lauk botok, gonjeng, dan umai.

Sesudah kenyang bolehlah kau bersampan lagi. 30 sen 2 minit. Sebelum pulang ke hotel, bolehlah beli gambir Serawak. Sangat mustajab untuk mengurangkan sakit gigi.

15 comments:

kingbinjai said...

kirim!

KakNi said...

Berapa lama 'lepak' kat sana? Apa kegunaan gambir sebenarnya ye...

hakim dirani said...

adakah mengurangkan sakit gigi itu bukan tujuan gambir yang sebenar? :)

Pa'chik said...

zie, tak jumpa gengster ke kat sana... orang heboh kata banyak gengster.. takkan tak jumpa sekor pun.. amek la bawak balik satu.. haha..

blackpurple @ jowopinter said...

Kat situ kalau tak salah ada satu tempat makanan sea food yang top. Apa ke namanya..? Dah lupa....

INDERA KENCANA said...

Bang,
Aku nak bang. Gambir Serawak. Beli banyak-banyak. Nanti sampai Malaysia, claim balik kat aku. Orait ke?

Zie, engkau sakit gigi?

sinaganaga said...

kau lupa nak beli kuaci!

Ku Keng said...

Masih 30sen ke lagi?

Bunga Rampai said...

Salam, ada cuba makan umai?

areyoung said...

Kat sana ada nasi lemak kaler biru kan? Dan limidin goreng belacan. Dah cuba?

Kemat said...

dulu2 sgt rajin naik tambang itu, melepak di depan waterfront sesambil jalan tgk barang kraf kat kedai depan tu..dan stok gambir sarawak aku masih lum terusik..err..lum sakit gigi lagi..

zizie ali said...

king:
ha ha. rasanya tak perlu. kalau sakit gigi, pergi saja klinik.

ahni:
2 minggu. manusia gunakan gambir serawak untuk memberi rasa kebas kepada bahagian-bahagian tertentu badan mereka. bahagian yang kebas itu akan berkurangan deria rasa.

hakim:
salah satu.

pa'chik:
aku berkawan dgn gangster. ha ha

zizie ali said...

bp:
my village barok bistro. di seberang waterfront. pernah keluar dalam 'jalan-jalan cari makan'. kami dah pekena siakap bakar di situ.

indera:
aik..mana ada sakit gigi. selalu guna kayu sugi.

naga:
haiya. awat lambat sgt hang peringat! tapi kacang yg diedar oleh pramugari mas aku bantai lima bungkus masuk dalam poket coat. ganti kuaci unt anak-anak. ha ha

keng:
ya 30 sen. Tapi kalau kau bagi singgit, keep the change aja. kan kita ni orang kaya yg pemurah.

rampai:
3 kali. amat menyelerakan. terutama umai asam paya.

zizie ali said...

young:
nasi lemak kaler biru? tak nampak pun. yg aku tahu yang biru tu nasi kerabu kelantan. digunakan sejenis bunga untuk membirukannya.
limidin memang murah di sini. ada yg beli buat balik malaya. sayang, kami tak sempat rasa limidin goreng belacan.

kemat:
ha ha. gambir tu ada pelbagai guna. bukan unt sakit gigi je!

Amyz! said...

suka laksa sarawak. dengan mee kolok. sedap woo.