Sunday, April 08, 2007

terubuk masin

Jumaat. 6 April 2007. Jam 10:00 malam. Menjamu selera di restoran seafood paling terkenal di Matang. Di dinding tergantung banyak plat ucapan dan tandatangan personaliti-personaliti dari Malaya yang pernah menjamu selera di sini. Aziz M.Osman, Nora Danish dan ramai lagi. Pada malam itu pemilik restoran tak perasan bahawa seorang blogger terkenal sedang makan di restorannya. Kalau tidak tentu dia dah bagi plak untuk memuji restorannya dan turunkan tanda tangan. Ha ha ha.

Siang tadi sudah beli ole-ole terakhir. Memenuhi pesanan beberapa orang kenalan. Untuk itu terpaksalah sekali lagi ke pasar Satok dan berurusniaga di gerai UiTM (Usahawan ikan Terubuk Masin). Tak boleh beli awal kerana terubuk itu perlu dimasak selewat-lewatnya 3 hari. Kalau tidak, rasanya tidak lagi sebagaimana sepatutnya. Wow, ada beberapa orang Malaya yang sedang menunggu terubuk dibungkus kemas sesuai untuk menaiki pesawat. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa terubuk-terubuk tersebut sebenarnya diimpot dari India atau Myanmar atau Thailand. Hanya dimasinkan oleh pakar-pakar pemasin Serawak. Terubuk Serawak terlalu mahal dan jumlahnya amat terhad.

15 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

Aku cukup suka terubuk masin, tapi duri / tulangnya yang tak tahan tu.. :)

Pa'chik said...

nora danish? isk...

ramai lagi tu, pelakon juga ke?

INDERA KENCANA said...

Kalau tuan punya restoran tu perasan blogger tersohor tu tengah makan kat situ, alamatnya blogger tu dapat makan free le..
Ha ha ha

adie said...

terubuk masin. sib baik aku bukan pengemar ikan. so,aku takyah beratur membeli ikan tersebut.

Kemat said...

tak beli telur ikan terubok..

zizie ali said...

bp:
rasanya tak ada lagi orang mati kes lekat tulang terubuk.

pa'chik:
ya. nora danish. rakan-rakan 'puteri'nya juga. artis dan lain-lain 'public figure'.

indera:
niat mesti baik, beb. ha ha

penyu:
kau beratur beli aiskrim udah le. ha ha

kemat
tak. bukan musim terubuk bertelur agaknya. sesudah berkelana dilautan, mereka kembali ke sungai unt bertelur . belum sempat bertelur mereka dah ditangkap.

hakim dirani said...

Saya yang dok jauh ni. pantang dengar terubok ja, terus pecah liur.

BaYu SenJa said...

kalau ada pilihan lain, takkan disentuh terubuk itu.. tulangnya yang berjabu itu selalu membuatkan seleraku mati..
tapi kalau free, tak suka pun bedal jugak :)

salam hembusan bayu...

Anonymous said...

terubuk tak masin pun saya suka.

areyoung said...

baru hari ni tau terubuk masin rupanya import punya. isk.

Bunga Rampai said...

Salam,

Tak ada cerita tentang kek lapis Sarawak?

zizie ali said...

hakim:
baik kau mitak posting serawak. ha ha

bayu:
tulangnya halus. tidak merbahayakan. malah merupakan diet kalsium yg baik.

nbb;
kau memang suka semua. tolak batu dan kayu. kih kih

young;
di bawah akta rahsia.

rampai:
ada cerita sebab saya pergi ke kilangnya. tunggu...

Amyz! said...

hahaha. kasihan.

saya kurang minat terubuk masin.

zizie ali said...

amyz!
kau kasihan kerana kami makan ikan terubuk import? ha ha

tuan tanah said...

Wah...
Mimpi anda ini betul2 isu dunia...