Thursday, April 12, 2007

kemelut emas hitam

Mimpiku malam tadi tidak termasuk dalam kategori seram. Meski yang muncul dalam mimpi itu orang yang telah mati. Digantung dengan mata terjegil keluar dan lidah terjelir panjang.

Simpatiku padanya pun tidak seberapa. Kerana aku tahu dia telah membunuh banyak jiwa. Meskipun dengan alasan menjaga ketenteraman negara. Seperti lain-lain pemimpin negara juga, dia mengetuai satu kerajaan yang mempunyai kaki tangan awam yang setia. Yang sentiasa bersedia melaksanakan perintahnya. Termasuk membunuh.

Bukankan kesetiaan itulah yang selalu kita laung-laungkan?

Kau mungkin mengatakan kematiannya adalah lambang tewasnya seorang lelaki di tangan seorang lelaki lain yang menjadi musuhnya. Lelaki yang kununnya kini paling berkuasa di dunia. Yang telah mengulangtayang adegan Fir'aun yang mendakwa mampu memati dan menghidupkan.

Apa gunanya menjadi lelaki paling berkuasa di dunia jika tidak mampu mencapai apa yang dihajati. Hajat yang mampu dicapai dengan menggunakan segala kekuatan yang ada. Dan apa lagi puncak kekuatan kalau tidak kemampuan membunuh.

Kau belum dianggap kuat jika tiada kemampuan membunuh. Tiada instrumen untuk melaksanakannya dengan berkesan.

Itulah yang berlaku kepada lelaki yang muncul dalam mimpiku itu. Terjegil biji mata dan terjelirnya lidah melambangkan yang dia telah tewas. Dan aku amat tidak gembira dengan cara ketewasannya. Meskipun aku selalu mengharapkan dia tewas. Tewas di tangan para pejuang akidah tauhid.

Tetapi lelaki yang kunun paling berkuasa itu ternyata licik. Sebenarnya dia bukan ingin sangat membunuh lelaki tewas itu. Hanya sekadar untuk mempastikan negara itu tidak jatuh ke tangan para pejuang akidah tauhid. Yang akan memungkinkan pergabungan dua dua negara yang bisa menjadi satu kuasa besar.

Tetapi percayalah. Negara lelaki yang kunun paling berkuasa itu pasti akan tumbang juga. Kerana perjuangannya mereka berpaksikan kepada hasrat yang sangat rapuh. Hanya sekadar ingin mempastikan mereka menjadi kuasa tunggal memiliki sumber emas hitam. Dan mereka semakin yakin bahawa hanya pejuang tauhid yang mampu menghalang cita-cita itu.

Menggantung lelaki yang tewas itu bukanlah 'matlamat'. Hanya 'wasilah'. Sekadar satu 'taktikal' untuk menghalang kemenangan pejuang akidah tauhid.

Dan mimpiku malam tadi tetap sebuah mimpi. Mainan tidur yang tidak mampu merubah kemelut yang entah apa-apa ini. Namun, kalau kau bersetuju kita namakan saja kemelut ini sebagai 'kemelut emas hitam'.

Siapakah kita dalam kemelut ini?

9 comments:

hakim dirani said...

YA, saya berdoa agar dia jatuh kepada pejuang akidah tahid juga.

KakNi said...

Hadir (tak paham entry sebenarnya).

kingbinjai said...

mangsa keadaan

INDERA KENCANA said...

Kita (aku, engkau dan banyak orang) berupa orang yang memakai emas hitam di kalungan. Tanpa emas hitam ini, hidup kita hanya, diulang hanya sukar pada zahirnya. Kita sukar ke sana ke mari. Sukar hidup atas sebab ekonomi tidak dapat berkembang juga suka untuk meneruskan kehidupan yang selesa. Namun seperti yang termaktub di dalam kitab yang banyak memperkatakan saat kehancuran dunia setelah kehilangan emas hitam dari perut bumi, juga sewaktu berkeliarannya "Bapa Syaitan" selama 3 tahun itu, waktu itu dikatakan sebiji kepala sapi akan jauh lebih berharga daripada 1000 keping emas Dinar. Ramai yang mati kelaparan. Orang yang benar-benar menghayati ajaran Al-Quran dan As-Sunnah mampu mengharungi cabaran kebuluran ini bilamana zikir, tasbih, takbir dan tahmid menjadi santapan harian mereka. Wallahua'lam.

Pa'chik said...

zie, ingatkan cerita buah pauh mah ite yang sedap tu. hehe..

BaYu SenJa said...

orang yang dalam mimpi itu rasanya dari bangsa yang kuat ketaksuban.. namun pelbagai sejarah hitam putih (emas perak sekali la)pernah dicatat dalam liku hidup bangsa ini..
tidakkah bangsa itu pernah terfikir mahu merujuk sejarah di belakang ?!

namun firaun moden itu pastinya terus terusan menyusun kerosakan.. mungkin dia berbangga mengaku sebagai tuhan perosak...

Anonymous said...

kita dalam kemelut ini adalah golongan "tunggu dan lihat"

Ku Keng said...

Dari dibunuh, lebih baik membetulkan akidah. Tidur balik dan tukar plot mimpi.

Yeop-Harley said...

Apa kabor Zie.

Mungkin mimpi tu menyuruh kome masuk calon di Ijok, tak.