Wednesday, May 30, 2007

uji iman

Dikatakan bahawa beruntunglah seorang lelaki yang diajak berzina oleh seorang wanita cantik yang amat disukainya. Ketika itu keadaan amat 'selamat'. Langsung tidak ada kemungkinan adegan yang panas itu akan tersebar. Bilik itu sudah disahkan betul-betul tidak ada kamera litar yang diselitkan di mana-mana celah. Tetapi lelaki itu menolak dan berkata: "Aku takut kepada Allah".

Kenapa? Kerana dia telah membuktikan keimanannya. Bukan iman dalam bentuk dakwaan. Tetapi telah teruji.

Cerita lelaki menguji iman ini mungkin sudah popular di wakaf-wakaf atau di kedai-kedai kopi di daerah tertentu. Untuk yang tidak suka duduk di wakaf dan yang ke kedai kopi hanya sekadar untuk makan roti canai atau nasi lemak bersama teh tarik atau koko sejuk, padahal mereka perlu tahu bahawa kedai kopi adalah media maklumat yang agak efektif, maka dihidangkan cerita ini. Mudah-mudahan ada iktibarnya.

Ustaz Abdul Hamid Deraman (bukan nama sebenar) ke Bangkok bersama rombongan jabatannya. Segala perbelanjaan ditaja oleh seorang kontaraktor yang banyak dapat projek di jabatan itu.

Untuk meluaskan pengetahuan tentang rencah hidup manusia di samping menguji iman sendiri, maka pada satu malam Ustaz Abdul Hamid mengunjungi sebuah kelab tarian bogel.

Ustaz Abdul Hamid agak terkejut. Bukan penari-penarinya sahaja yang bogel, malah pelayan-pelayan dan petugas kaunter pun bertugas dalam keadaan bogel.

"Subhanallah..." Ustaz Abdul Hamid bertasbih tak putus-putus.

Dipendekkan cerita, Ustaz Abdul Hamid didatangi oleh seorang pelayan yang sungguh cantik. Umur belasan tahun. Menggoyang-goyang badan yang tanpa seurat benang itu di depan Ustaz Abdul Hamid.

"Astarghfirullahalazim..."Ustaz Abdul Hamid beristighfar. Terputus-putus kerana debar di dadanya terasa amat kencang.

Perempuan itu semakin merapatkan badannya. Dan sesekali dada dan punggungnya tersentuh bahu Ustaz Abdul Hamid yang sedang duduk di kerusi.

"Lahaulawalaqutaillah billah..." Ustaz terus bertahan. Imannya masih kebal.

Tiba-tiba perempuan itu duduk atas riba Ustaz Abdul Hamid.

"Alhamdulillah..." Spontan terpacul dari mulut Ustaz Abdul Hamid.

13 comments:

Pa'chik said...

sambung.. sambung.... cepat ah... hehe...

Pa'chik said...

zie ape pos dua kali nih.. tidak dapat terus bertahan jugak ke?

ontahsapo said...

huh kira ok la ustaz tu berjaya bertahan sampai saat tu, kalau lah aku... isk.........isk...

indera kencana said...

Lepas tu? Lepas tu? Hiii... Tak sabar ni (dgn effek tanduk mula kuar dari kepala)

Well... saya musykil juga. Apakah benar iman itu boleh dicabar seenaknya. Macam dalam cerita Ustaz Abdul Hamid ini, saya melihatnya ibarat perbuatan menghulurkan kepala ke dalam kolam buaya dengan niat "Tak apa, tak apa. Aku pasti berjaya".

Tetapi bukankah persoalan iman ini adalah ketetapan Allah subhanahu wataala?. Apakah manusia itu berkuasa mengukur tahap keimanannya? Sekuat mana kita menghindari jalan kemaksiatan lagi terjebak ke kancahnya, inikan pula sengaja dirintis.

Wahhh... jika begitu Ustaz Abdul Hamid sudah boleh pulang dari Bangkok dengan berkaca mata hitam dan rambut yang hitam lebat. Seperti dalam lagu tu...
"Rambut putih dia bimbang, dicelup jadi belang....
Pak Itam kaki melaram. Sana sini dia beraksi, tak menghirau petang pagi...."

Amyz! said...

Hahaha.
Yang Ustaz ke tempat-tempat begitu at the 1st place kenapa? Alhamdulillah~ hahaha.

blackpurple @ jowopinter said...

Alahai Ustaz Abdul Hamid Deraman (bukan nama sebenar)... ha ha ha.

zizie ali said...

pa'chik:
segala kesilapan teknik amat dikesali.

os:
kau normal.
isk..isk..

kencana:
air liur meleleh..tak dpt ketagih..

amyz!:
mungkin ikut contoh tok-tok arab. tapi tok arab ke tempat begitu tak tukar uniform. masih dgn jubah dan igalnya. siap bawa biji tasbih. org melayu biasanya tanggal ketayap dulu.

bp:
ya..ya..bukan nama sebenar. :)

hakim dirani said...

Memang kuat betul ya iman dia. itu cari nahas namanya.

DeeN said...

Alhamdulillah. Dah rezki bergolek begitu, harus dicekau sebelum berputih mata. Owh! Ha ha ha ...

Isyh... kadang2 berserban sebakul pun belum tentu imannya berbakul-bakul. Cheh! Kerna nila setitik, habis susu sebelanga!

Alahai Ustaz Abdul Hamid Deraman (bukan nama sebenar)... ha ha ha.

zizie ali said...

hakim:
memang cari nahas. kata peribahasa: kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jgn diduga.

nur@:
ya, kerana nila setitik, habis susu jadi biru.
setitik noda yg akan menghantui sepanjang hayat

Bunga Rampai said...

Salam,

Selepas peristiwa itu, barangkali ustaz itu pun tahu tebal nipis imannya, dan moga mengambil iktibar.

Iman diukur dengan apa ya?

13may said...

wah! cerita tergantung nih....

bila nak sambung???

hahha...

zizie ali said...

rampai:
apa unit unt mengukur iman? tentu bukan meter atau gram.

13may:
ada yang suka benda tergantung. :)