Monday, June 11, 2007

taman selera

Ada banyak pilihan di taman selera. Kalau nak makan nasi ala kampung singgahlah di gerai Pak Sanong. Ada segala ulam untuk menambah selera. Jering, petai, kerdas. Juga celur jantung pisang, celur petola ular, celur kacang panjang. Pucuk pegaga, pucuk putat, pucuk ulam raja, pucuk serai kayu pun ada. Pucuk pauh? Pucuk pauh kadang-kadang ada kadang-kadang tak ada. Buat pasangan yang ingin menjarangkan kelahiran, eloklah makan pucuk pauh. Sambil makan bacalah mentera Melayu (bukan mentera Malaysia) ini:

hei...makanlah pucuk pauh
jangan makan pucuk putat
hei...tidurlah jauh-jauh
jangan tidur dekat-dekat...

Kalau nak rasa nasi padang, singgahlah di gerai Wak Biang. Sebenarnya Wak Biang bukan orang Jawa. Tapi orang Makasar. Memang tabiat orang kita ni, asal datang dari seberang dan agak tua sedikit terus bagi title Wak. Tapi, tak apa. Sebab Wak Biang memang suka dipanggail sedemikian.

Di gerai Wak Biang ni seronok jugak. Kalau tak sibuk, Wak Biang akan bercerita pengalaman pertualangannya ketika menjadi kelasi. Termasuk pengalaman penyeludup senjata untuk pejuang-pejuang Indonesia menghalau Belanda. Sebenarnya Wak juga ingin menyeludup senjata ke Tanah Melayu. Tetapi tidak ada pelanggan. Kerana orang Melayu tak mahu halau Inggeris. Orang Melayu anggap Inggeris kawan mereka. Yang memberi kemakmuran kepada mereka. Orang Inggeris hanya beri balik Tanah Melayu kepada orang Melayu sesudah mereka tidak lagi mampu menghadapi gerila komunis. Menurut congak mereka, sokongan rakyat terhadap gerila akan terhapus bila Tanah Melayu diberi kemerdekaan.

Kalau nak makan nasi budu singgahlah di gerai Pok Seman. Sambil makan kita boleh lihat video dikir barat. Walaupun dikir barat tu bukan lagi dikir barat kerana apa yang dihidangkan sebenarnya adalah lagu-lagu saduran dengan lirik loghat Kelantan. Antara yang agak menarik ialah lagu katak gila. Antara liriknya:

..ogre panggil kkatok
..kalu di amreka...its crazy frog!

Sebenarnya banyak lagi gerai nasi yang ada di taman selera ini. Termasuk gerai penjual-penjual muda seperti Ustaz Yazid dan Mek Nisah.

Kalau tak mahu makan nasi berlauk, boleh saja singgah gerai-gerai yang menyediakan masakan panas ala Thai. Ada tomyam, ada mi sup, ada nasi goreng pattaya dan banyak lagi.

Sambil-sambil tu kalau ada duit lebih bolehlah membeli di gerai-gerai makanan ringan yang banyak terdapat di situ. Kerepek pisang, keropok 'makan selalu', sagong, bepang, kerepek ninja, sleman, apik-apik, kutukua, rokok arab, biskut sagu, asam gelugor manis dan banyak lagi. Biasanya makanan ringan ini amat laris. Berfalsafah Awang Romli, salah seorang penjual makanan ringan di situ: "Makanan berat dan makanan ringan adalah makanan. Janganlah kerana ringannya sesuatu makanan itu maka kita menidakkan statusnya sebagai sejenis makanan..."

12 comments:

ontahsapo said...

aku puasa lak hari ni...isk..

zizie ali said...

os:
posa sunat tak bulih habak kat orang..tapi kau tak sengaja beritahu kan kan. tak sengaja tak apa. haha

Pa'chik said...

zie... teghingak lagu anok ghama...

kalu anok ghama demo kato rezeki muroh
takut tokde kawal kalu anok ghama bedo'oh..
pete gege hila, hok tu bal'loh hai hok ni bal'loh...
sekor ike tawar.. hok tu sbeloh gak hok ni sbel'loh...

kalu slamo kening habih caro ikuk oghe ghoyak
rebuh akar kmuning capur dengan akar putat
pal'lo mari pening, koho mnik'ke hok tu koho ghap'pak
kito laki bining, tok'ke tokleh nok tido dekak...

DeeN said...

Medan slera kat mana neh? Saya pose gak. Tp posa yang yop, bangkit pagi, bukak periuk :)

Bunga Rampai said...

Salam,

Penatlah baca sampai ke penghujung, tak jumpa pun nama taman selera tu :(

Atau itulah makanan-makanan yang disediakan oleh gerai-gerai mana-mana taman selera di tanah airku ini?

Promosi VMY 2007? :)

blackpurple @ jowopinter said...

Di mana lokasinya sebenarnya ni? Nak kata Parit Jawa tak ada nama-nama wak sebegitu. ha ha.

mentera Melayu (bukan mentera Malaysia). Sempat lagi sinis tu...he he he.

indera kencana said...

Macam mana nak tidur jauh-jauh..??

Bang, kasi la petua...

zizie ali said...

pa'chik:
haha..memang putat selalu dikaitkan dgn 'dekat'.

nur@ dan rampai:
jgn cari lokasi taman selera. cuba cari yg tersirat. apa itu 'nasi', apa itu 'makanan ringan'. siapa itu 'pak sanong', siapa itu 'wak biang', siapa itu 'pok seman'. 'mek nisah' mungkin boleh jadi kata kunci yg penting.

zizie ali said...

bp:
untuk menyahut kesinisan itu, harapnya kau dah mengundi.

indera:
makan pucuk pauh. haha

Bunga Rampai said...

Saya cari juga taman selera itu. Akhirnya dapat juga 'merasa' juadah-juadahnya ;)

Salam.

13may said...

huh! tercari2 maksud sebenar entri ini....hahha

zizie ali said...

rampai:
selamat menjamu selera. :)

13may:
apa kata kalau kita main perlambangan. 'nasi' melambangkan sastera serius dan berat. dan 'makanan ringan' melambangkan sastera ringan atau picisan. ruang lingkupnya biarlah seputar dunia kesusasteraan melayu di malaya, bukan kesusasteraan malaysia.