Saturday, September 30, 2006

telur masin

Berbohong atau memberi fakta-fakta palsu adalah berdosa. Tak kira pada bulan puasa atau pada bulan tak puasa. Tak kira kepada orang dewasa atau kepada kanak-kanak. Janganlah kita sangka kita mempunyai lesen besar untuk berbohong kepada kanak-kanak.

Contohnya, kelmarin. Kau dijemput berbuka puasa di rumah kakak kau. Ada tomyam. Ada kerapu masam manis. Ada daging masak merah . Ada kangkong goreng belacan. Ada telur masin (telur asin?).

Anak buah kau yang comel. Baru berumur empat tahun setengah tapi amat keletah. Bertanya kau. Dari mana datangnya telur masin dan mengapa ia menjadi masin. Kau pun dengan penuh berwibawa memberikan jawapan:

"Telur masin ni? Heh heh. Telur masin ni adalah telur itik. Ia datangnya dari Singapura. Heh heh. Erk..Penternak itik tu namanya Lee Kuan Yew atau lebih dikenali dengan nama Tokeh Lee. Tokeh Lee telah dengan secara sistematik memberi itik-itiknya makan garam yang banyak setiap hari. Heh.. heh..Bila itiknya bertelur, telur-telur tu jadi masin. Heh..heh.."

13 comments:

Ku Keng said...

nanti kalau dia tanya pula kenapa berbalut dengan tanah hitam, susah pula kamu nak menjawabnya.

kunci hilang said...

sebab itu jugalah ramai yang tidak menggemari putih telur asin?

Bunga Rampai said...

Harapnya bila dia dewasa kelak dia tidak akan berkata kepada pakciknya, "fakta pakcik tentang telur masin itu salah."
Salam.

hakim dirani said...

Memang pandai! tetapi kalau dia nampak Tokeh Lee di tivi budak kecik tu akan tanya " haa, itulah yang bela itik tu kan?"

he he he

tuan tanah said...

kejamnya penipuan tu.

sinaganaga said...

Oit2, Tauke Lee juga ada bikin kuah mulan lalam ala telo masin punya apaaa...

zizie ali said...

keng:
jawablah: yang hitam itu ialah karbon. bahan buangan bahan api. biasanya bahanapi dari jenis pepejal seperti kayu.

kunci:
putih telur ada kaitan dengan taukeh lee ka? ha ha

rampai:
dia mungkin kata: kajian terkini menunjukkan bahawa ada beberapa kaedah menghasilkan telur masin. pertama bla..bla..bla

zizie ali said...

hakim:
dia mungkin kata: eeee..tuanya tokeh lee.

tanah:
teramat jarang penipuan yang tidak kejam.

naga:
kueh bulan ada telor masin? kalau betullah berita ini, sahlah tokey lee sudah nyanyuk! ha ha ha

loppiess said...

hahaha zie, orang2 tua yg sudah begitu uzur jasmani dan rohani masih ingin dilihat sebagai pemikir agung. Demikian nasib segelintir manusia. Ego dan angkuh akhirnya melontarkan mereka ke golongan pelawak.

blackpurple @ jowopinter said...

Oh di Singapura masih ada tempat lagi untuk membela itik rupanya....

arianna adrizal said...

org dewasa pun, tak semuanya tau asal usul telur asin.. betul!

MDM FARAH FAIZURA said...

telur masin masak itu mahal.
separuh sudah 50 sen.
kalo sebiji udah rm1.

mahal, mahal

zizie ali said...

lope:
ya.ya. bukan sorang yang berpenyakit macam tu. kat malaya ni pun ada juga.

black:
tidak perlu tanah yang luas kerana itik adalah haiwan tiga alam.

ulfa:
ya ke? kalau begitu, silibus sekolah perlu disemak semula.

dingin:
kalau setengan butir RM100, barulah mahal! Ha ha