Thursday, September 21, 2006

dingin subuh

Katakanlah, Subuh tadi. Kau dan suami pergi ke masjid berdekatan. Untuk solat Subuh. Menunggang kapcai. Kau memeluk suami kau erat-erat. Maklumlah, dingin Subuh mencengkam ke tulang hitam. Dan kau tidak perlu khuatir. Kerana tiada persentuhan antara kulit lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Kau lengkap dengan sut solat.

Di taman perumahan itu, bukan kau sepasang sahaja yang berkapcai ke masjid Subuh hari. Ada orang lain juga.

Selain menyedari tentang fadhilat berjemaah, kau mungkin disedarkan oleh pendapat Maulana Abul A'la Maududi bahawa Islam akan menang jika bilangan jemaah solat Subuh sama dengan bilangan jemaah solat Jumaat. Kira-kiranya, kau pasangan yang ideal. Memiliki fikrah yang sama.

Seusai solat, kau harus bersegera. Kau dan suami harus awal ke pejabat. Mujurlah kau ada bibik untuk membantu menguruskan anak-anak di awal pagi.

Kau kembali membonceng kapcai. Seperti tadi juga. Kau memeluk erat. Malah, lebih erat dari tadi. Belum cerah tanah dan dingin Subuh masih belum sirna.

Sampai di pintu pagar rumah, kau heran. Nombor rumahmu sepatutnya 785 tetapi nombor rumah yang ini ialah 773. Sebelum kau bersuara, 'suami'mu terlebih dahulu bersuara. Dan kau terkesima.

Kau terkenangkan suamimu yang setia menunggu. Dan jiran kau itu. Amat maklum. Isterinya mungkin sedang menyanyi lagu Penantian.

Apa yang harus kau ucapkan?

9 comments:

Ku Keng said...

Itu OK lah kerana kedua-dua rumah tak berjauhan, dan pasti di jalan yang sama.

INDERA KENCANA said...

Ucapkanlah.. "Terima kasih, Alhamdullillah..". Senyum. Buat selamba. Blah cepat-cepat. Siapkan 1000 macam alasan pada hubby dia (dalam kes ni 'dia' laa.. sebab aku lelaki) kenapa dia naik motor mamat lain..

Tapi kalu jadik cenggitu, mesti malu minah tu. Siap peluk 'erat' tu.. Haaiii, bertuah badan tuan punya motor..

Bunga Rampai said...

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan yang mulia buat Bro Zizie sekeluarga. Moga ibadah puasa tahun ini lebih baik daripada yang lalu.

Sejujurnya, membaca nukilan-nukilan di sini sering saja mengocak minda, kadang amat samar untuk saya ungkap maksud tersimpul. Terima kasih kerana sering membuat saya berfikir.

Salam.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

aku tak paham camne perkara nie bleh berlaku.takkan perempuan tu tak perasan laki dia.si laki(jiran) tu pulak takkan tak perasan bini dia.tapi memandangkan peristiwa tu berlaku di subuh hari,maka tak mustahil bende nie bleh berlaku..haha.. nampaknya iklan jalan raya kat tv kena tambah skit lagi la. pakai topi kaledar,ikat,tengok pembonceng kat blakang,confirm pembonceng tu adalah isteri yg sah,pulas minyak,jalan.

zizie ali said...

keng:
apa yg berlaku mungkin akan menambahkan lagi semangat kejiranan.

indera:
amatlah besar malunya.

rampai:
terima kasih kerana sudi berfikir. maaf jika apa yg ditulis mengocak minda.

penyu:
ini kisah benar. baru berlaku. cuma ada sedikit ubahsuai.

hakim dirani said...

ha ha ha,
Saya rasa lepas tu mesti si isteri malu nak jumpa jiran tu.

zizie ali said...

ya. banyak iktibar baginya.

Lan Rambai said...

hahaha.. kisah pilu di subuh hari hahaha