Sunday, September 10, 2006

sengat pari

Sesudah 40 tahun membawa diri ke Kuala Kedah, dia akhirnya kembali ke kampung halamannya iaitu kampung Sura, Dungun. Sebagaimana yang dia jangka, kepulangannya tidaklah terlalu menggemparkan. Tidak ramai yang mengenalinya.

Sengaja dia pulang seorang diri. Dia memberitahu isteri dan anak-anak bahawa dia ke Terengganu untuk menemui kawan-kawan lamanya. Dia tidak ada saudara mara di sana. Isteri dan anak-anak tidak menghalang. Yang mereka tahu, dia rindu akan kampung tempat dia dilahirkan. Kampung tempat dia menghabiskan zaman kanak-kanak dan remaja.

Dia selalu menceritakan kepada orang-orang Kuala Kedah bahawa dia merantau ke sana untuk merubah hidupnya. Sesudah ibu bapanya meninggal dunia, dia sebatang kara. Sebagai anak tunggal dari pasangan pendatang dari Kelantan, dia sudah tiada saudara mara lagi di Sura. Dan Kelantan bukanlah tempat menarik baginya untuk berhijrah. Malah pada masa itu, ramai orang Kelantan yang berhijrah ke merata tempat untuk mencari kehidupan.

Kerana hidupnya sebatang karalah, terjadinya peristiwa itu. Dia merasa yakin jika dia dia mempunyai saudara mara yang ramai, dia tidak akan diperlakukan sedemikian.

Peristiwa di depan panggung Fajar itu adalah satu titik hitam dalam sejarah hidupnya. Dipukul beramai-ramai hanya kerana seorang perempuan 'bujang jalang'.

"Awang, masa tu kalau orang nak cari bujang jalang, marilah ke Dungun. Cerita zaman Bukit Besi tengah hebat. Mu faham bujang jalang? Zaman sekarang orang panggil pelacur..he hehh"

"Hehhhehh tahu. Tahu. Err..pakcik ada jumpa orang-orang yang pukul pakcik tu?"Aku.

"Ada sorang. Tangan dia masih dengkar. Dia antara yang paling awal menyerang. Pakcik sempat patahkan tangannya. Kemudian yang lain-lain masuk. Ada yang pakai rantai besi. Yang ramainya pakai kayu. Mana nak lawan"

"Pakcik masih berdendam?" Aku.

"Tak tahu. Tapi pakcik rasa nak cari juga yang tikam dengan sengat pari. Tengok ni.." Dia menunjukkan sebuah parut kecil di pipi kirinya. Tak jauh dari mata. Dan memang mata kirinya nampak lebih sepet dari mata kanan. "Sudah 40 tahun. Tapi bila cuaca sejuk, masih berdenyut-denyut..."

11 comments:

arianna adrizal said...

adehh, mata saya turut terasa berdenyut2 bila membaca kata2 pakcik tu..

blackpurple @ jowopinter said...

Ya. Musim ikan pari mencipta nama sekarang....

hakim dirani said...

Itulah hari ini, adakala yang berbuat baik itulah yang teruk di belasah.

Anonymous said...

hari2 yg mendatang selepas ini amat pahit utk dilalui bagi makhluk yg bernama pari.di Australia(tempat kejadian),sudah 10 ekor pari mati dengan ngeri sekali.ekornya dipotong!

Anonymous said...

kisah dendam tak kesudahan. pari vs manusia

Anonymous said...

Dunia binatang tak ada nasihat dan muafakat, macam bloger tersohor member dia citer kat komen blog, pak mertua dia hadiahkan penerajang, kira binatanglah tu...kena tahan badan. Anak beranak biadap sungguh, tak malu sungguh, binatang sungguh.

Anonymous said...

pari bakor cicah ayo asam...

zizie ali said...

arianna:
apa istilah org kaunseling unt personaliti jenis anda? (merasai kesusahan pihak lain). saya lupa. empati atau simpati ?

black:
dulu. botak chin dan kalimuthu pernah mencipta nama.

hakim:
adat dunia, kata buaya kepada kerbau (ingat cerita sang kangcil menghakimi buaya dan kerbau?)

mr penyu:
buat sup ekor pari?

gitar:
siapa pemenang?

nbb:
pastikan jgn yg terlalu besar. hangus di luar mentah di dalam. ha ha ha. tempat aku, anak pari dipanggil tuke`.
tuke` cicoh air asang.

anoni:
tq

arianna adrizal said...

empati barangkali.. sy pun kurang pasti :)

Anonymous said...

Apabila musibah menimpa jiwa anak adam meronta merasakan ingin membuat perhitungan untuk keadilan, ini bukan tindakan yang benar dan tepat.

tengok sajalah apa sudah terjadi kepada bloger Azalan Hussain, dulu kencang menghina memfitnah konon dengan sedikit pengetahuan maya dapat memperlakukan sesuka hati. Nah! pembalasan tuhan pun sampai tampa diduga cepat perlahan, dari siapa dan bagaimana.

Seorang hamba Allah telah menghantar komen yang menununjukkan siapa azalan Hussain yang sebenar. Rupanya dia mengalami tekanan jiwa akibat tendangan Pak Mertua(kes pasang lagu heavy metal time azan subuh gamaknya, kalau tidak pun kes kawin kakak tibai adik(dia tiru style orang jual tilam bagi bantal free)....kalau tak takkan lah pak mertua naik hangin. Oit-oit itu amalan terpuji anak beranak diaorang. Oit gaduh anak beranak tak cukup makan ke weh?

Dengan Matt Jon dan Black Pau pun dia berseteru. Kita wait n see apa endingnya

Sekarang ni barulah terpecah tembelang busuknyer itu.

Jadi kepada pokcik sabor ajelah. Lambat laun akan sampai bahagian orang tu. Hidup macam telur bila dah tembelang akan hinalah darjat mulianya itu, dan dialam floralah kesudahannya.

*Psst 1. camner pokcik ble citer pada zizie kes sblm masuk Harian metro?
2. Pompuan tgnu&Klantan kalau dapat alim, issh alim sungguh kalau dapat hampeh sampai ke Pahang berjual maruah-tak caya? rajinlah beli mestika.

Saya menyeru diri saya sndiri dan sesape saja samalah merenungkan yang berselirat disebalik yang sarat pesan bistari di bawah moga tak banyak sikit ada pekdahnya:

"Taubat yang sebenarnya itu ialah menyesal dalam hati, lalu beristighfar dengan lidah dan berniat tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi"
"Membersihkan hati melalui sembahyang dan bukan menghitamkan kertas melalui tulisan!"

Kalau dah tobat dan jadik orang filsuf yang alim tak payahlah pokcik pukul canang menulis di blog seolah surga dah gerenti untuk pokcik, nanti hakis pahala pokcik, dan dosa pulak yang tiba.

Jangan maroh, sesungguhnya yang baik itu dari Allah subhanawatala Rabul Jalil dan yang buruk itu dari sahaya.

maçka porno said...


Virgin sex porn videos, kanlı kızlık bozma gerçek sikişmeleri kesintisiz izleme şansı