Sunday, April 30, 2006

rebung

Kelmarin. Program diubah. Semua mesti checkout sebelum jam 12:00 tengah hari. Tepat jam 12:00, semua mesti berkumpul di lobby Cititel.

Pagi. Acara bebas. Kami (aku dan 7 orang) naik komuter di stesen Mid Valley ke KL Central. Di KL Central ambil monorel ke Chow Kit.

Di Chow Kit. Makan nasi di kedai abang loghat utara. Kegemaranku dah tentu rebung jeruk masak lemak kuning. Ditambah dengan tauhu goreng, ikan sembilang goreng, sambal petai.

Di depan ada gerai-gerai jual buah. Buah mangga, buah limau, buah pear, buah lai, buah naga. Juga ada kak Esah. Sedang mendendangkan lagu-lagu Saloma.

"Hoi..tolong snap. Nak posing belakang Kak Esah" Aku.

"Alright...Satu, dua..."

"Cheeeese..."

Snap!

"Haha haha"




Kemudian suami Kak Esah mendendangkan "Madu Tiga". Diikuti dengan "Getaran Jiwa".

Di dalam monorel dari Chow Kit ke KL Central, aku asyik cium tangan sendiri. Bau rebung jeruk amat wangi.

5 comments:

Anonymous said...

hahaha!
suami kak esah nafsu teramat kuat!

PS: gulai rebung, mak selalu 'join'kan dengan perut lembu. delicious!

Anonymous said...

saya suka gulai rebung ikan sungai. eish..sampai tak nampak orang lalu kat belakang!

abdullahjones said...

ces! memelelehkan air liur saya saja kamu semua ini!

zizie ali said...

gitar:
perut lembu? aku pun suka. kata uztaz, tidak digalakkan kerana organ dalaman. sekategori dengan hati, limpa, hempedal.
jangan cerita pasal kerabu perut. nanti bercucuran air mata abdullah jones.

nurul:
haha, lawak lawak. lalu kat belakang memanglah tak nampak. kecuali pendekar mato tige.
saya suka semua ikan sungai termasuk belut (belut sejenis ikan ke?)

jones:
mana nak sama dengan chickenchop papagrill.haha

Bunga Rampai said...

Salam,
Berulangkali saya ke sini mencari sesuatu. Bukan rebung.

Malam semalam baru terungkai rahsia, atas izin-Nya. Gambar itu membawa saya kembali untuk bersama teman-teman seperti Kak Esah yang sudah beberapa bulan tidak dikunjungi. Teruknya saya. Alahai.

Terima kasih memaparkan gambar itu :)