Thursday, February 23, 2006

wakaf

Dulu.

Kalau kau bukan jenis terlalu pendiam dan punya isu atau idea untuk di kongsi bersama kau pergilah ke wakaf. Lontarkan idea kau tu. Tapi awas, pastikan di wakaf tu kau tidak keseorangan. Kalau tidak, kau akan bermonolog. Kalau kau bermonolog, jadilah kau senasib dengan perempuan bahagia yang selalu tidur di stesen bas tu. Ya ya, yang selalu bunting tu. Entah siapa punya kerja ya?

Stail penyampaian terserahlah kepada kau. Kau boleh tiru mana-mana stail. Kalau kau dah lama kat wakaf tu kau tak dapat tidak akan terpengaruh dengan stail mana-mana personaliti wakaf yang glamor. Jali Butir Nangka banyak berfalsafah yang pelik-pelik, Pak Dolah Botak punya kias-kias yang sukar difahami dan Pak Soh Batu P*l*r tak habis-habis dengan lawak luc*hnya.

Panjang pendek pun terserah pada kau. Tapi biasanya kalau terlalu panjang, kau akan menghadapi sedikit masalah untuk mengekalkan tempo perhatian mereka. Silap hari bulan, kalau ada Embong Budu, kau mungkin disergah sebelum habis melontarkan idea.

Bila dah habis lontar idea, tunggulah jika ada komen. Kau tak ada, tukarlah peranan kau jadi tukang dengar dan tukang komen.

Kadang-kadang tukang komen akan jadi lebih glamor dari tukang pencetus isu. Kadang-kadang.

5 comments:

tuan tanah said...

oh, saya mahu jadi tukang komen yang akan selalu berkata 'no komen' :)

sinaganaga said...

Ha ha.
Aku suka kau.
Ha ha.

zizie ali said...

tuan tanah:
bila 'besar' diistiharkan oleh mahkamah sebagai tidak bersalah, wartawan bertanya pelbagai soalan kpd 'kecik'. hanya satu jawapan 'kecik':
"no komen".
"no komen"
"no komen"
oh ya, TV3 mungkin tak dapat dikuti di Ireland.

zizie ali said...

naga:
lelaki suka lelaki. itu normal. ha ha..

lost key:
tulislah sajak : "monolog di beranda".
:) jepun boleh!

Anonymous said...

Sudah gaharu cendana pula...siap yang bikin itu kerja akan terjawab sebab tu dia tau pompuan tu asyik kenyang....