Thursday, February 09, 2006

cicir

Selalunya dalam kelas aku dapat nombor dua. Dan Maimon (bukan nama sebenar) dapat nombor empat atau lima. Maknanya, Maimon sentiasa berada dalam ranking top five.
.
Malangnya Maimon hanya bersekolah setakat Darjah 6. Tak tahu apa sebabnya. Mungkin terpaksa menjaga adik-adiknya kerana ibu bapanya sibuk di kebun tembakau. Sambil menunggu orang masuk meminang. Kemudian berkahwin. Kemudian beranak.
.
Maimon mungkin berpeluang bersekolah menengah kalaulah ibu bapanya adalah kenalan emakku. Kerana emakku pantang kenalannya tidak menyambung persekolahan anak mereka ke sekolah menengah. Dia secara sukarela akan memberi ceramah tentang pentingnya pendidikan kepada anak-anak tidak kira lelaki atau perempuan. Dan misinya memang tak pernah gagal. Sayang, ibu bapa Maimon bukan kenalan emakku. Lagipun rumahnya jauh dari rumahku.
.
Ada antara mereka yang pernah diselamatkan oleh emakku itu telah mencapai tahap yang membanggakan dalam akademik mereka. Malah lebih berjaya dari aku.
.
Mungkin apa yang dilakukan oleh emakku tidak pernah mereka catat dalam sejarah hidup mereka. Dan aku pun tidak akan menemui mereka untuk mengingatkan tentang sejarah tersebut. Aku perlu menerima hakikat bahawa dalam kehidupan ini, ada orang yang tidak suka mengenang masa lampaunya. Aku ada pengalaman serik dalam hal ini.
.
"Wel, smart kau sekarang. Dulu masa kecik tak kenal seluar. Ha..ha..Ke hulu ke hilir pakai kain batik. Ha..haa..Baju tak pernah pakai. Kepala pulak sentiasa berkilat. Fesyen Kojak. Haa..haa..". Aku.
.
"Dah..dah. Stop! Jangan sebut lagi pasal tu". Ismail (bukan nama sebenar). Amat serius. Merah menyala mukanya.

4 comments:

Anonymous said...

semoga anak2 Maimon lebih berjaya dari ibunya.

Bunga Rampai said...

Salam. Selalu dapat nombor 2, pernah dapat no. satu? :)

Saya kagum dengan emak zizie, ketulusannya menghulur kasih tanpa mengira siapa sesuatu yang wajar dicontohi, untuk kebaikan bersama. Sampaikan salam kasih saya walaupun saya tidak mengenalinya.

tuan tanah said...

oh, emak zizie mulia hatinya!

zizie ali said...

nurul bahiyah,
dan moga-moga anak-anak maimon menjadi orang yg bersyukur dan redha,spt emaknya juga.:)
bunga rampai,
pernah. dua kali.
begitulah kira-kiranya. walaupun dia tidaqk pernah menyanyi lagu Ramli sarip 'bukan kerana nama'.
tuan tanah,:)
selamat menjajah, op! maksud saya menjelajah tanah baru!:)