Thursday, February 02, 2006

ekstrim

Di kalangan kami, dia lebih dikenali sebagai Ustazah K****k Besor. Tak tahu siapa yang mula-mula mencetuskan gelaran tersebut. Tapi yang pastinya memang bukan aku.
Kulitnya putih kemerah-merahan. Agak berisi tetapi belum layak untuk dimasukkan ke kategori gemuk. Diukur dengan ketinggian, mungkin dia dalam kategori berat badan unggul. Selalu memakai baju kurung ketat. Di kepalanya sentiasa ada skaf kecil yang dikat ke dagu. Jadi, jambul ikal dan hujung sanggul sentiasa tersembul keluar.
Belum kahwin dan tinggal di asrama puteri sebagai pembantu warden.
Suaranya manja dan sentiasa tersenyum. Jarang dia marah-marah. Kalau marahpun masih lagi tersenyum.
Namun hari itu dia agak serius. Dan kami segera faham bahawa dia hanya melaksanakan arahan. Mempastikan fahaman yang kununnya sesat dan menyesatkan tidak menular di kalangan kami terutama pelajar perempuan.
Dia berhujah tentang betapa kita perlu liberal dalam beragama. Mesti beramal berdasarkan ilmu dan jangan ikut-ikutan. Dan kemudian tibalah ke isu yang hangat ketika itu. Tentang betapa kita tidak perlu ektrim dalam berpakaian. Dia kecewa dengan sebilangan pelajar perempuan yang mula terpengaruh dengan trend berpakaian yang kununnya dibawa oleh golongan yang membawa ajaran sesat. Jadi, katanya jangan menyalahkan pihak sekolah bila pelajar perempuan yang terlibat tidak dibenarkan memasuki makmal sains dan bilik sains rumah tangga. Semuanya atas dasar keselamatan.
Diulangnya berkali-kali betapa tidak sesuainya pemakaian tudung dengan iklim khatulisatiwa yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Entah mengapa kali ini aku sudah tidak lagi memberi tumpuan kepada dadanya. Tetapi lebih kepada hujah-hujahnya.
"Ustazah, api neraka lagi panas!" Aku. Dan aku menyambung dengan memberi beberapa hujah yang aku rasakan sangat mantap. Kebetulan aku semalam baru mendengar kuliah magrib Cikgu Alias yang ketika itu dalam perhatian pihak berkuasa.
Merah padam mukanya. Jari telunjuknya terketar-ketar menuding mukaku. Tapi tiada suara yang terkeluar. Beberapa titis air mata menitis ke pipinya yang gebu.
Loceng tamat kelas subjek Pengetahuan Agama Islam menyelamatkan aku.
Dua tahun selepas itu aku buat form six di sekolah yang lebih elit. Dia membawa rombongan Persatuan Agama Islam melawat sekolah baruku.
Di kantin.
"Assalamualaikum, Ustazah,". Aku.
"Waalaikummussalam.., aaa..kau? Masih hidup mu ni.., he..he..he..", Ustazah.
"Ha..ha..ha..". Aku.

5 comments:

Anonymous said...

cayalah!!

Korakora said...

cikgu alias. aha.. itu penterjemah ma za ya'ni?

ustazah kopek besar. betapa ironinya. :)

zizie ali said...

nurul,
begitulah kira-kiranya. :)
bukunota,
cikgu alias adalah nama sebenar. bukan imaginasi. ustazah *.* juga bukan imaginasi.:)

Ikelah said...

masih ingat sewaktu di sekolah menengah berasrama penuh dan baru saja selesai bulan dakwah di bawah us ahmad awang. pada zaman seluar pendek dan skirt itu, tiada pelajar bertudung kecuali di sekolah agama. bulan dakwah telah membuka mata seorang pelajar dan beliau kembali ke sekolah dengan memakai tudung. ia menyebabkan kejutan kultur/budaya di sekolah kami dengan lebel bahawa pelajar ini pelajar dakwah dan pendakwah. kami yang jahil cuma mengiyakan. yang ironinya ialah ustaz n ustazah dari alazhar memanggil pelajar tersebut dan menasihati beliau membuka tudung. beliau cuma dibenarkan berskaf. insiden tersebut membuka mata saya untuk mengenali dengan lebih mendalam hukum islam, islam sebagai cara hidup. alhamdulillah.

zizie ali said...

ikelah:
fakta sejarah yg tidak ramai generasi remaja kini mengetahuinya.
Alhamdulillah, kekadang tekanan akan lebih menyemarakkan semangat juang.