Monday, March 20, 2006

llabi

Harga seekor labi-labi antara $4 hingga $6. Bukan harga di pasar tetapi harga yag ditolak oleh pemancing kepada peraih. Pemancingnya ialah kawan-kawan aku dan peraihya ialah Pak Tuan. Aku tak tahu nama sebenar Pak Tuan. Mungkin Pak Tow Wang atau Peik Tiu Wong. Orang panggil Pak Tuan, maka aku pun panggil Pak Tuan jugalah. Kalau dia masuk Kritian, mungkin namanya akan ditukar kepada Albert Pak atau John Pak.

Hasil jualan labi-labi, kawan-kawan aku tak beli makanan. Haram, kata mereka. Biasanya mereka beli ubat lampu (bateri torch light atau radio = sel kering). Kadang-kadang beli tiub basikal atau pelapik sila (tempat duduk) basikal. Ya, apa-apalah- melainkan makanan.

Aku tak tahu ke mana Pak Tuan memasarkan labi-labi tersebut. Mungkin di kampungnya. Kampungnya tidak jauh dari kampungku. Majoriti penduduk di kampung tersebut sebangsa dengan Pak Tuan. Mereka masih mengekalkan bahasa mereka walaupun perempuan mereka ramai yang memakai sarung batik dan yang lelaki memakai sarung pelikat. Hampir semua mereka gemar makan nasi berlaukkan sambal belacan dan budu.

Mungkin antara lauk istimewa mereka ialah labi-labi panggang cicah budu. Budu tersebut sudah tentu dah ditenyeh dengan beberapa biji cili api dan diperah dengan beberapa hiris limau nipis.

14 comments:

abdullahjones said...

saloh tu. bukang labbi. llabbi.

Anonymous said...

Jika kawan-kawan kau itu masih idup-kirim salam pahit maung pada mereka! Katakan ' Ubi kentang dalam kari babi halalkah?
-anon

sinaganaga said...

Jones,
Salah juga tu... Labu-Labi! Ha ha.

Anonymous said...

Orang Melayu macam tulah haha...
itu dalam kontek bebudak kampung, kalau dah besar makan gaji, duit rasuah pun bukan beli makanan sebab haram, tapi beli rumah bungalow, buat tambang pergi Haji, tunaikan RUKUN ISLAM.
-Anon

Anonymous said...

labi labi panggang dengan kura kura panggang, mana lagi sedap?

zizie ali said...

jones:
terima kasih tulong bbettul.

anon:
sebelum tu, kena pastikan dulu: babi tu disembelih atau tidak.

naga:
labu_labi@yahoo.com?

anon:
tunaikan... RUKUN ISLAM hadhari

nurul bahiyah baharudin:
kura-kura tak ada isi. labi-labi ada dua jenis. labi-labi keras dan labi-labi lembik. hanya labi-labi lembik hangat dipasaran. labi-labi keras macam juga kura-kura - tak ada isi.

tuan tanah said...

labi-labi bukankha haiwan dua alam?

errr...
tapi saya pernah terfikir, kenapa kita boleh makan telur penyu tetapi tidak penyunya?

Anonymous said...

Orang Melayu memang kreatif menghalalkan yang Haram. Pak Tuan tu taulah itu memang makanan dia, kerana mereka gagal menemui akidah, tapi bab bebudak MELAYU MALU KAWAN MENDENGARNYA. Dia nak makan labi-lagi tu tapi urat marikh dia tak tergamak, kalau ye pun sesak. cari ikhtiar lain la beb. Gelak sakan Pak Tuan...

sinaganaga said...

>>>Sinaganaga said:
Jones, Salah juga tu... Labu-Labi! Ha ha.

Cik labu_labi@yahoo.com,
Apa silap & salahnya komen aku di weblog Zizie ni? Aku telah mengaibkan kau ke? Adakah kau rasa perkataan 'Labu-Labi' di sini merujuk kepada kau?

Jika hal ini menyebabkan kau menyerang aku di e-mail - aku anggap kau seorang yang MERBAHAYA!

Sorry to say, dude!

Anonymous said...

Saya tak merbahaya buktinya kau boleh menyamakan saya dengan binatang. ALHAMDULILLAH, SYUKUR NIKMAT ALLAH.

zizie ali said...

tuan tanah:
telur labi-labi pun halal dimakan. tak caya, tanya ustaz janggut oren.

labu-labi:
pak tuan memang suka gelak. terutama bila ada bebudak yang menawarkan labi-labi keras kpdnya. labi-labi keras harganya cuma 10 sen seekor.

naga:
labu-labi ialah filem arahan p.ramlee. dibintangi oleh m.zain, roseyatimah, p.ramlee. penampilan istimewa aziz sattar, sarimah. sequelnya ialah nasib si labu-labi.

princess:
labi-labi= trionyx cartilagineus

labu-labi:
labu-labi dan labi-labi adalah sama-sama makhluk Allah

Korakora said...

tuan tanah, ini kerana telur adalah halal. selagi tak terbentuk haiwan yg haram

blackpurple @ jowopinter said...

kat kampunag aku labi2 ni dorang panggil 'bulus'.... sama la tu kot....hehehe

zizie ali said...

bukunota:
juga telur buaya, biawak, naga. cuma takut ada racun.

blackpurple:
jgn gunakan bulus unt cari fulus!