ALI AHMAD
Dalam 
dunia persuratan Melayu Malaya, ada 3 orang Ali Ahmad yg agak terkenal. 
Yang paling tersohor ialah Dato'Ali Hj Ahmad Menteri Kebudayaan dan 
Sukan yang terkorban dalam tragedi Tanjung Kupang. Beliau pernah 
menjawat jawatan sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum 
bergerak cergas dalam politik. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau 
pernah menggunakan nama pena Aha. Bagaimanapun, beliau lebih
 dikenali dalam bidang kajian sastera.  Banyak menyusun dan menyunting 
buku kajian kesusasteraan Melayu. Antaranya ialah Puisi Baharu Melayu , Rintisan (antologi cerpen sebelum Perang Dunia Kedua) dan Disekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu (kumpulan esei).
  | 
| Aha | 
Ali
 Ahmad yang kedua ialah Ali Ahmad 'al-Arqam'. Menggunakan nama pena 
Nora, beliau lebih dikenali dalam menghasilkan karya kreatif novel, 
cerpen dan sajak. Novelnya yang terkenal ialah Gelandangan. Penyertaan
 Pak Nora dalam jemaah al-Arqam dikatakan banyak menyumbang kepada 
jemaah tersebut untuk meluaskan skop dakwah terutama melalui media 
sastera. Hari2 akhir hidup beliau agak mencabar  bila diisytiharkan 
muflis dan bungalownya disita kerana dijadikan cagaran untuk jemaah 
al-Arqam membuat pinjaman bank dan jemaah tersebut tidak mampu melunasi 
pinjaman. Ia berlaku sesudah jemaah al-Arqam diharamkan dan Pak Nora 
sudahpun mengisytiharkan diri keluar dari jemaah al-Arqam.
  | 
| Nora | 
Ali 
Ahmad yg ketiga ialah penulis yang menggunakan nama pena Alis Murni. 
Profesor di USM ini banyak memberi tumpuan dalam kajian puisi. Selain 
menulis puisi, beliau juga menghasilkan novel dan cerpen. Antara karya 
Dr Ali Ahmad ialah Letusan (novel), Kuala Lumpur (sajak - antologi 
bersama),  Hikayat Inderaputera (penyunting),  dan  Bahasa Kesusasteraan
 dan Kebudayaan Melayu  (Esei kritikan).
  | 
| Alis Murni | 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
2 comments:
Dalam ketiga-tiga tokoh di atas, hanya seorang yang saya tahu serba sedikit Ali Ahmad, itu pun melalui pembacaan.
Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini. Mohon share...nanti saya linkkan sekali nama alamat blog ini;).
Ali haji Ahmad alis murni guru kelas saya tatkala di tingkatan 5/guru sastera ditahun 1968, di sekolah dato penggawa barat Pontian
Post a Comment