Friday, February 14, 2014

ALI AHMAD

Dalam dunia persuratan Melayu Malaya, ada 3 orang Ali Ahmad yg agak terkenal. Yang paling tersohor ialah Dato'Ali Hj Ahmad Menteri Kebudayaan dan Sukan yang terkorban dalam tragedi Tanjung Kupang. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka sebelum bergerak cergas dalam politik. Dalam dunia penulisan kreatif, beliau pernah menggunakan nama pena Aha. Bagaimanapun, beliau lebih dikenali dalam bidang kajian sastera. Banyak menyusun dan menyunting buku kajian kesusasteraan Melayu. Antaranya ialah Puisi Baharu Melayu , Rintisan (antologi cerpen sebelum Perang Dunia Kedua) dan Disekitar Pemikiran Kesusasteraan Melayu (kumpulan esei).
Aha
Ali Ahmad yang kedua ialah Ali Ahmad 'al-Arqam'. Menggunakan nama pena Nora, beliau lebih dikenali dalam menghasilkan karya kreatif novel, cerpen dan sajak. Novelnya yang terkenal ialah Gelandangan. Penyertaan Pak Nora dalam jemaah al-Arqam dikatakan banyak menyumbang kepada jemaah tersebut untuk meluaskan skop dakwah terutama melalui media sastera. Hari2 akhir hidup beliau agak mencabar bila diisytiharkan muflis dan bungalownya disita kerana dijadikan cagaran untuk jemaah al-Arqam membuat pinjaman bank dan jemaah tersebut tidak mampu melunasi pinjaman. Ia berlaku sesudah jemaah al-Arqam diharamkan dan Pak Nora sudahpun mengisytiharkan diri keluar dari jemaah al-Arqam.

Nora
Ali Ahmad yg ketiga ialah penulis yang menggunakan nama pena Alis Murni. Profesor di USM ini banyak memberi tumpuan dalam kajian puisi. Selain menulis puisi, beliau juga menghasilkan novel dan cerpen. Antara karya Dr Ali Ahmad ialah Letusan (novel), Kuala Lumpur (sajak - antologi bersama),  Hikayat Inderaputera (penyunting), dan  Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu  (Esei kritikan).
Alis Murni

2 comments:

Masshah said...

Dalam ketiga-tiga tokoh di atas, hanya seorang yang saya tahu serba sedikit Ali Ahmad, itu pun melalui pembacaan.

Terima kasih atas perkongsian yang menarik ini. Mohon share...nanti saya linkkan sekali nama alamat blog ini;).

Unknown said...

Ali haji Ahmad alis murni guru kelas saya tatkala di tingkatan 5/guru sastera ditahun 1968, di sekolah dato penggawa barat Pontian