Saturday, November 07, 2009

gulai tupai


.
"Tupai masak apa?"

"Gulai rebah bangun"

"Rasa?"

"Sedap...lebih sedap dari ayam" Jelas Noridah sambil menjilat bibir atasnya. Menggambarkan gulai tupai yang dimasak oleh emaknya memang dinikmatinya sungguh-sungguh.

Noridah ialah anak kepada Pak Su Hasang. Tokoh yang banyak menimbulkan kotroversi di kampung kami. Antara kontroversi tersebut ialah ketika kematian emaknya. Dia tidak setuju dibacakan talkin ketika majlis pengkebumian. Beliau juga tidak setuju mengadakan kenduri arwah. Namun tetap juga diadakan kerana abang-abang dan kakak-kakaknya memang tidak pernah bersetuju dengan pendirian Pak Su Hasang dalam hal-hal tersebut. Oleh itu masa baca talkin, Pak Su Hasang terus beredar dari perkuburan dan dia juga tidak pernah hadir ketika kenduri arwah. Keadaan ini menyebabkan hubungannya dengan adik beradiknya yang lain tidak berapa baik.

Lain-lain pegangan Pak Su Hasang yang agak berbeza dengan amalan konvensional ialah tiada bacaan qunub sembahyang subuh, tak wirid lepas solat, dan menganggap amalan membaca Yasin secara konsistan pada malam Jumaat sebagai bidaah. Kalau baca sekali-sekala tak apa.

Sebenarnya Pak Su Hasang tidak keseorangan. Ada beberapa orang lagi yang sekepala dengannya. Diketuai oleh Ustaz Rosit Janggut. Ustaz Rosit bukan orang kampung kami. Cuma sekali seminggu beri ceramah kat surau. Pernah suatu ketika di surau kampung kami berlaku acara perbahasan antara orang-orang pejabat ugama dengan Ustaz Rosit dan pengikut-pengikutnya. Menurut orang kampung yang hadir, hujah Ustaz Rosit jauh lebih kemas dari hujah orang-orang pejabat agama. Antara kitab yang dibawa oleh Ustaz Rosit ialah kitab-kitab karya Hassan Bandung.

Ustaz Rosit dan pengikt-pengikutnya amat marah jika ada yang melebelkan mereka sebagai Wahhabi. Menurut Ustaz Rosit, gelaran Wahhabi adalah ciptaan penjajah kepada golongan yang cuba membersihkan amalan masyarakat Islam dari unsur khurafat dan bidaah. Bidaah adalah amalan agama yang diamalkan tanpa ada sandaran yang kukuh. Yang tidak ada riwayat bahawa pernah diamalkan oleh Rasullullah SAW dan para sahabat. Contohnya, Rasullullah SAW tidak pernah mengadakan talkin dan kenduri arwah.
.

11 comments:

abdullahjones said...

gulai rebah bangun! perghhhh! zi,saya suka.

ubilepih said...

zizie...nak rasa sikit gulai tupai tu,saya nak bahagian eko...;)

Pa'chik said...

mujur dok gula reboh dok bangung bangung... nyaknye... :P

ye dak dok kene ngene ngang asang anok rima dok??

Bunga Rampai said...

Gulai rebah bangun - pertama kali mendengarnya. Pelik!

Salam :)

zizie ali said...

jones:
citarasa tempatanmu memang hebat.

ubi:
bahagian eko tak ada isi. haha

zizie ali said...

chik:
hasang anok rima sejenama dgn rasul melayu. pak su hasang sejenama dgn geng bekas mufti indera kayangan.

rampai:
resepi tempatan yg makin dilupakan. :)

Anonymous said...

gulai tupai itu lebih menarik perhatian sebenarnya saudara.

zizie ali said...
This comment has been removed by the author.
zizie ali said...

bahu:
gimik, sudara. gimik!

Pyanhabib said...

gulai tupai? tupai dibuat gulai?

zizie ali said...

pyan:
kata paksu hasang, tupai bukan haiwan pemangsa. spesis herbivor. sangat pembersih. hanya makan buah-buahan.