Friday, October 02, 2009

suatu hari di hari raya

.
Ustaz Khairul Amilin, 24 tahun meminta pandangan aku tentang hasratnya untuk mendenda pelajar-pelajar perempuan Melayu di sekolahnya yang pakai tudung kecil ala artis. Sesudah berkali-kali nasihatnya tidak diendahkan. Aku tidak terus memberi jawapan tetapi bercerita kepadanya tentang seorang kawanku yang bernama Salim.

Ketika Salim Tingkatan Tiga, aku sudahpun Tingkatan Empat. Salim adalah adik kepada Jamilah.

Jamilah adalah perempuan pertama sekolah kami yang memakai 'tudung dakwah' . Terpengaruh dengan hasutan kakaknya yang belajar di UK. Tindakan Jamilah yang dipertahankan oleh Cikgu Alias mempengaruhi beberapa orang pelajar Tingkatan Lima yang lain. Ini merupakan fenomena baru sekolah kami yang merunsingkan pengetua dan guru-guru sekolah kami. Termasuk ustaz dan ustazah juga. Ketika itu ustazah-ustazah sekolah kami cuma memakai skaf/selendang kecil dengan jambul tersembul keluar ala budak-budak perempuan sekolah agama dan muslimat PAS. Masa tu PAS masih dalam BN dan dipimpin oleh Asri Muda.

Rupa-rupanya fenomena 'tudung dakwah' itu bukan sahaja melanda sekolah kami. Tetapi seluruh Malaya. Trend yang dibawa oleh sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai ABIM. Dipimpin oleh serang pemuda Melayu radikal bernama Anwar Ibrahim. Bersamanya ada beberapa orang tokoh seperti Fadhil Noor, Sidik Fadhil, Kamaruddin Md. Noor, Fuad Hassan, Dahlan Md. Zain, Sidek Baba, Zalikhah Md. Nor, Uthman ElMuhammady, Harun Din, Kamarudin Jaafar, Ashaari Muhammad, Hadi Awang dan ramai lagi. Ashaari Muhammad merupakan Pengerusi Biro Dakwah ABIM Wilayah Persekutuan dan Hadi Awang adalah Yang Dipertua ABIM Terengganu.

Pelbagai bentuk tindakan dilaksanakan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar perempuan berkenaan. Di sekolah kami, ada cikgu yang tidak membenarkan pelajar-pelajar tersebut masuk ke makmal. Kalau nak masuk kena tanggal tudung dulu.

Cikgu-cikgu termasuk ustaz dan ustazah meleteri mereka supaya tidak ekstrim dalam berpakaian. Hanya agak kecoh bila ada sekolah yang mengambil tindakan merotan pelajar yang bertudung. Di negeri kami, beberapa orang ABIM iaitu Cikgu Sahak, Bakar Chik, Ustaz Rashid mengadap Wan Mokhtar membantah tindakan tersebut. Khabarnya Bakar Chik tumbuk meja kerana Wan Mokhtar gagal memberi penjelasan yang memuaskan. Mujurlah kes ini tidak berlarutan kerana tidak lama selepas itu Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling membenarkan pelajar-pelajar perempuan memakai tudung.

"Ingat ustaz, pekeliling sebut dibenarkan, bukan digalakkan atau dimestikan..."

Mulut Ustaz Amilin sedikit ternganga. Debu batang buruk hampir membuatkannya terbelahak.



nota: gambar-gambar di atas hampir tiada kaitan lansung dengan entri ini.
.

10 comments:

benludin said...

klasik gambar-gambar tu

zizie ali said...

ben:
ya. layak masuk muzium. haha

DeeN said...

Macam gambar sekolah zaman mak & makcik2 saya. Hahaha!

Agak-agaknya lepas cikgu Khairul Amilin dgr cerita Haji kan, apa tindakannya pada budak2 perempuan sekolahnya yg pakai tudung kecil ala artis tuh? :)

hafiz zainuddin said...

zaman dah berubah. baru saya tau citer.

zizie ali said...

deen:
ustaz khairul kata nak tukar strategi.

terompah:
apa yg berlaku hari ini ada susur galurnya.

Zuhaira said...

Dear Friends,

Would like to invite you to participate in my survey on Blog Quality Evaluation.
The objective of this survey is to determine the 5 most important criteria in evaluating blog quality base on user perception. There are 5 blog categories preferred by blog reader, Personal Diary, Socio-political Commentary, Humor/Entertainment, Lifestyle and Technology and we are going to evaluate these type of blog. The 5 most important criteria might be different for different type of blog.

If you are interested to participate, please click on the following Url:

http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation


Thank you for your time.


Regards,
Zuhaira

Pa'chik said...

masa skoloh aitieng ari tu...

sebelung tu... seme budok ppuang paka tudung gi kkelah...

pas tu... mari sekepulang budok... dok mboh paka tudung... ye maing gi kkelah dogo dogo gitu jah...

pok gak pung... takak la sorang due... bile bowok ngadak pehok atasang... geng tu tanye... mana seksyeng dalang auku kate kene paka tudung gi kkelah...

lepah tu... dok leh kate ape la sek atasang tu... lepah tu koho rama lah hok dok paka tudung gi kkelah...

comenye sorang lekcherer ambe ni... ye pesang ssiak doh... natang mane mari kkelah dok paka tudung... jangang masuk kelah die...

zizie ali said...

zuhaira:
?

chik:
ironi. ironi.

Bunga Rampai said...

Sekarang ni macam-macam jenis fesyen tudung. Pelbagai nama tudung. Harga pun macam-macam juga. Ada yang sampai 100 ringgit!

Salam :)

Pa'chik said...

rampai... apa kisah beratus... nak letak di kepala...

kasut letak kat kaki beratus-ratus orang tak kesah... :P