Monday, September 07, 2009

kepala

.

Don Vito Corleone tidaklah kisah sangat pengarah filim terkenal,Jack Woltz enggan mengambil anaknya untuk memegang salah satu watak penting dalam filimnya. Tetapi bila pengarah tersebut menghina keluarganya, dia menjadi amat murka. Maka pada suatu pagi, pengarah filim itu terkejut sakan bila menyedari bahawa sepanjang malam tadi dia tidur bersama seketul kepala lembu yang masih hangat darahnya.

Siapa Vito Corleone? Oh, beliau cuma watak ketua mafia dalam novel karya Mario Puzo. Protagonis Vito digambarkan oleh Puzo sebagai seorang yang bersifat lemah lembut dan penuh budi bahasa. Vito jarang meninggikan suara, apa lagi menengking atau meng'boo' seseorang.

Opp..saya tersilap. Sebagai seorang yang sangat berbudi bahasa tentu sekali bukan kepala lembu yang dihantar oleh Vito ke kamar tidur musuhnya. Tetapi kepala kuda! Yang dipenggal dari kandang kuda milik Woltz.
.
.

.

5 comments:

balqissy said...

hurm~ entah?

cahaya malam said...

Assalamualaikum...

slamat Hari Raya,
maaf zahir batin,
terima kasih kerana sudi menziarahi blog kerdil saya,.
si 'kunang-kunang'..
moga sentiasa dalam kesejahteraan dan kegembiraan dalam acuan keredhaanNya..
insyAllah..
;)

wassalam..

Bunga Rampai said...

Salam Aidilfitri, maaf zahir batin.

zizie ali said...

balqissy:
selamat hari raya.

cahaya malam:
salam aidilfitr.

pyan:
salam lebaran.

rampai:
minal aidil walfaizin

Danielle_Corleone said...

Kuda itu namanya Khartoum. :-p