Wednesday, August 26, 2009

sebatan

.
Ketika itu aku belum jadi model sambilan. Baru berusia 14 tahun. Janggut belum tumbuh dan rambut teramatlah lebat.

Ketika itu iklan arak masih bebas. Dalam tivi rangkaian satu pun ada iklan arak. Dengan suara latar Ramli Abu Bakar.

Pada masa itu rata-rata rakyat dan pemerintah Malaya tidak faham bahawa hukman bagi pesalah minum arak bukanlah 6 sebatan. Tetapi 80 sebatan. Sebatan pula tidak boleh dibantai di punggung yang terdedah. Mesti dalam keadaan menutup aurat dan disaksikan oleh orang banyak. Di penjara Malaya, pesalah yang akan disebat dipakaikan dengan sejenis pakaian yang membolehkan tukang rotan menilai tahap kegebuan punggung pesalah sebelum dirotan.

Sebatan! Itulah hukuman dijatuhkan kepada aku dan Hasang. Aku 1 sebatan dan Hasang 3 sebatan. Oleh tukang sebat yang amat mahir. Selain menjawat jawatan tukang sebat beliau juga merupakan pengetua sekolah kami.

Rayuanku untuk diringankan sebatan ditolak. Hasang langsung tak merayu. Malah dialah sebenarnya yang menyelamatkan aku. Mengaku sebagai penyeludup dan aku hanyalah pengguna. Kalau tidak kerana pengakuan Hasang, aku juga kena 3 sebatan.

Hasang dengan berani menjelaskan kepada mahkamah bahawa dia tidak pernah memaklumkan kepada aku bahawa "P.Ramli - Kisah Hidup Seniman Agung" diseludupnya keluar dari perpustakaan tanpa melalui prosedur pinjam meminjam. Namun mahkamah disiplin sekolah memutuskan aku bersubahat kerana ketika spotcheck buku terdapat dalam loker aku. Aku sepatutnya tahu buku itu dicuri dari perpustakaan kerana tidak ada cop pinjaman.

Ya, ketika aku kena 1 sebatan, aku belum jadi model sambilan. Dan sehingga kinipun aku belum pernah jadi model. Sama ada tetap atau sambilan.

Hasang? Hasang dibuang sekolah ketika Tingkatan 4. Setelah melakukan pelbagai salah laku. Termasuk mengunci diri dalam loker ketika waktu solat Jumaat. Dan hingga kini aku masih terhutang budi kepada Hasang kerana tidak memberitahu warden siapa yang jadi 'tukang kunci'.
.
.
glosari:
tukang kunci: Setelah masuk ke dalam loker, Hasang akan minta seseorang menguncinya dari luar. Hasang berjaya mengelirukan warden dengan cara ini selama 1 tahun.

.

10 comments:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Nik Aziz Meninggal Dunia

KUANTAN: Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor, kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd Adib Daniel Amizan, 5, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada jam 2.20 pagi tadi.

Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, kesemua mereka sedang dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas pulang bercuti di Kampung Tempinis, Besut, Terengganu sempena cuti persekolahan sekarang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah lori penghantaran ekspres yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu terbabas ke laluan bertentangan dipercayai akibat permukaan jalan licin kerana hujan lebat sebelum bertembung dengan kereta mangsa," katanya.

Ketiga-tiga mangsa yang terbunuh itu mengalami kecederaan parah di kepala dan badan

sinaganaga said...

wakakakakaaa... gua pernah kena juga. jalur adidas, bang. perghhhh...

kingbinjai said...

sebat pun susah apada dorang ni

zizie ali said...

naga:
sebab itu lu masih elergic dgn brand adidas. haha

binjai:
koman betul diaorang. budak sekolah kena sebat tak bising pun.

Ismail N said...

Salam kenal,

Menarik posting membawa fikiran ke kes Kartika dan juga zaman sekolah dulu-dulu. Rasanya soal sebatan sudah menjadi topik yang melebih-lebih di zaman ini. Rasanya kita semua puas di sebat dan di cubit masa di sekolah dulu tetapi ianya hanya menjadikan kita lebih cekal dan faham akan mana yang baik dan mana yg buruk. Masy zaman ini terlalu terikut-ikut dengan kosep hak asasi barat yang keterlaluan hingga kan ada yg lupa bahawa tanggungjawab kita adalah pada agama, bangsa dan negara kita sendiri.

Anonymous said...

Aaiik ?

Komen kita hilang laa...hu hu..

akbajalil said...

Kita pun penah kene sebat sbb tak hadir kelas tambahan add maths masa di tkt5. Yg sebat kita tu cikgu disiplin...kita tak komplenpun.

mira binti muhammed said...

sy ingin memulangkan semua kemuliaan kepada Allah SWT atas apa yg dia gunakan Ibu Rossa lakukan dalam hidup sy, nama sy adalah Mira Binti muhammad dari bandar klang di malaysia, sy seorang janda dengan 2 anak, suami sy meninggal di dalam kereta kemalangan dan sejak itu kehidupan menjadi sangat kasar bagi sy dan keluarga sy dan sy telah cuba utk mendapatkan pinjaman dari bank-bank di sini di malaysia dan sy dinafikan dan ditolak kerana sy tidak mempunyai cagaran dan tidak boleh mendapatkan pinjam dari bank dan sy sangat sedih
pada hari ini yg setia ketika sy melalui internet, sy melihat kesaksian Annisa berkarya tentang bagaimana dia mendapat pinjam dari Ibu Rossa dan sy menghubunginya utk bertanya tentang ibu Rossa dan betapa benarnya pinjam dari ibu Rossa dan dia memberitahu sy memang benar dan sy menghubungi Ibu Rossa dan memohon pinjam dan pinjam sy diproses dan diluluskan dan dalam masa 24 jam sy mendapat perhatian wang pinjam sy dalam akaun sy dan ketika sy memeriksa akaun sy pinjam sy utuh dan sy sangat gembira dan sy telah bersumpah bahawa mana-mana syarikat yg meminjamkan pinjam sy akan memberi keterangan mengenai syarikat itu, jadi sy mahu menggunakan medium ini utk memberi nasihat kepada semua orang yg memerlukan pinjam utk menghubungi ibu Rossa melalui e-mel: rossastanleyloancompany@gmail.com dan anda boleh juga menghubungi sy melalui e-mel sy: mirabintimuhammed@gmail.com utk maklumat dan juga kawan sy Annisa Barkarya melalui e-melnya: annisaberkarya@gmail.com

"ISKANDAR LENDERS" said...

Kami di sini untuk menyediakan pinjaman antara minimum $10,000.00 hingga maksimum $100,000,000.00, iaitu jika anda ingin memohon dalam dolar. Walaupun anda dari Indonesia, anda boleh memohon pinjaman minimum Rp100juta maksimum Rp 25 bilion jadi walaupun anda dari Malaysia anda boleh memohon pinjaman minimum Rm 30k dan maksimum Rm 850k. Anda juga boleh memohon dalam mata wang lain yang tidak disebutkan di atas, kami sentiasa di sini untuk menyediakan pinjaman yang anda perlukan untuk menampung semua perbelanjaan kewangan anda pada kadar yang sangat rendah, kerana kami telah melakukan ini selama bertahun-tahun dan ia telah berjaya dan bermanfaat untuk kedua-duanya. pemberi pinjaman dan peminjam, jadi kami ada testimoni di mana-mana<<<<>> >> Testimoni terakhir Farouk dari Malaysia dengan jumlah RM 2.3 juta dan juga Indra dari Indonesia dengan jumlah Rp 570 juta, jadi tolong jangan' t mengetepikan transaksi yang sangat mesra kepada pelanggan ini<<<<<>>> >>>>

Butiran Perhubungan Ada Di Bawah

Nama syarikat: SYARIKAT PINJAMAN ISKANDAR LESTARI
e-mel::>[iskandalestari.kreditpersatuan@gmail.com]
WhatsApp::[+6282274045059]