Tuesday, July 28, 2009

september five

.
Selain sebagai jurulatih brassband sekolah kami, Cikgu Murad Hamid juga merupakan penasihat kugiran sekolah. Beliau baru sahaja membubarkan The Vibration yang dua tiga tahun sebelumnya berentap dengan Quinary M dalam pertandingan akhir Bakat TV kategori kugiran. Dalam pertandingan akhir yang disiarkan secara langsung oleh TV Rangkaian Pertama itu The Vibration membawa lagu Untung dan instumental Macinda. Mazlan Hamzah bersama kakak dan adik-adiknya dalam Quinary M membawa lagu Anggerik Merah. Suara mersik Mazuin Hamzah ternyata banyak memberi kelebihan kepada Quinary M.

Sebelum itu Cikgu Murad pernah memimpin pelbagai kumpulan kugiran. Selain memimpin, Cikgu Murad juga berperanan sebagai penyanyi utama. Kebolehannya menyanyi sambil memetik gitar amat dikagumi. Antara kugiran awal yang ditubuh oleh Cikgu Murad ialah The Breeze. Yang berjaya melangkah ke pertandingan akhir pertandingan Juara kugiran anjuran Radio Malaysia pada akhir tahun 60-an.

Walaupun pernah memimpin pelbagai kugiran, namun Cikgu Murad lebih dikenang sebagai ketua kumpulan nyanyian padu suara September Five yang menjuarai pertandingan Bintang RTM edisi 1974. Naib juara ialah Zulkiflee Ahmad. Ketika itu penyanyi berkumpulan dan penyanyi solo dipertandingkan bersama.
.
.
Sebenarnya ramai peminat ketika itu meramalkan Zulkiflee Ahmad akan muncul sebagai juara. Tetapi ternyata September Five berjaya memukau para juri dengan paduan harmoni mereka ketika menyampaikan Ketipang Payung. Ketika itu belum wujud lagi undi SMS.

Suara Zulkiflee Ahmad memang ada umpp. Tapi bagi peminat yang gemarkan penyanyi 'bersuara jantan', Zulkiflee Ahmad bukanlah pilihan mereka.

Walaupun cuma menjadi naib juara, Zulkiflee Ahmad berjaya merakamkan dua EP sesudah itu. Diterbitkan oleh Ooi Eow Jin. Habsah Hassan terlibat sebagai penulis lirik. Dikatakan bahawa ketika itu Habsah Hassan baru berjinak-jinak sebagai penulis lirik.

Lagu duet bersama Rubiah Lubis iaitu Tunggulah begitu hit ketika itu. Sebelum Zulkiflee Ahmad tiba-tiba menghilangkan diri dari hiruk pikuk dunia pop Malaya. Kemunculan nama-nama seperti D.J Dave, Hail Amir, Latif Ibrahim, Black Dog Bone, Dhalan Zainudin, Sudirman, Aman Shah, Othman Hamzah, Halil Chik dan lain-lain kemudiannya melenyapkan ingatan masyarakat Malaya kepada Zulkiflee Ahmad.

Media massa juga tidak lagi bercerita tentang Zulkiflee Ahmad. Bekas naib juara Bintang RTM edisi 1974 itu. Yang hanya tewas tipis kepada September Five!
.
?



11 comments:

abdullahjones said...

zie,bakar,anggota the breeze adalah abang Pa dalam tulisan saya. Saya belajar dengar lagu dirumah mereka.

studio rajawali kini berjiran dengan salah seorang anggota september five,saya tidak ingat namanya walau selalu mengangkat tangan bila terjumpa.

oh! saya tidak suka entri ini.

zizie ali said...

jones:
maaflah kalu n3 ni membuatkan mu jadi sebak. ha ha. mu memang berjiwa sentimental.

sinaganaga said...

bang,
rugi lu tak mari dengar vokalis The Peni5 menyanyi dengan Dewangga Sakti hari tu. :)

zizie ali said...
This comment has been removed by the author.
zizie ali said...
This comment has been removed by the author.
zizie ali said...

naik kereta ku versi peni5 boleh tahan.
ge, blues mesti serius. tak boleh gelak-gelak.
haha

sinaganaga said...

Zz,
Ketawa sebab tatau lirik.

Bunga Rampai said...

Salam Ramadhan :)

zizie ali said...

naga:
ha ha
rampai:
Salam. Moga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari yang lalu-lalu.

Unknown said...

Assalamualaikum. Just nak kongsi, cikgu Murad Hamid baru meninggal dunia tengah hari tadi. Mohon sama2 sedekahkan Al-fatihah untuk arwah.

kfahme said...

Sebenarnya yang mendapat tempat ke-2 pada tahun tersebut ialah Norlaila Ayub. Zulkifli Ahmad menjadi naib juara pada tahun berikutnya.