Thursday, May 28, 2009

bengkel penulisan puisi siri 32: simile dan perumpamaan

.
Selain metafora, simile merupakah salah satu gaya bahasa perbandingan. Dan perumpamaan merupakan salah satu simile. Jadi, semua perumpamaan adalah simile tetapi bukan semua simile adalah perumpamaan.

"Jahat macam hantu" adalah perumpamaan. Jadi "Jahat macam hantu" juga adalah simile. Tetapi "Jahat seperti komunis" bukan perumpamaan. Ia hanya sekadar satu simile yang dicipta oleh orang atau golongan tertentu yang bukanlah warisan yang panjang dalam sesuatu budaya. Simile itu mungkin berjaya tertanam dalam benak sesuatu komuniti dalam satu tempoh masa. Nilai yang berubah akan turut melupuskan sesuatu simile.
.


.

4 comments:

Danielle_Corleone said...

Sekarang saya faham. Simile itu boleh berubah2. btul tak abang? ia dibentuk untuk membudayakan sesuatu.

Bunga Rampai said...

Terima kasih entri ini.
Saya belajar.
Salam :)

hegira said...

setujU!

zizie ali said...

Corleone:
betui...

rampai:
sama-sama berkongsi ilmu.

hegira:
setuju? tq

binjai:
same-same. :)