Saturday, May 10, 2008

kursus haji bersiri: bab tawaf

.
Seperti biasa aku datang awal untuk mempastikan berjaya merebut lokasi dinding. Untuk menyokong tulang belakang. Bukan lokasi yang baik untuk mendapat input yang optima kerana pandangan ke layar putih dihalang oleh sebatang tiang yang besar. Jadi pembelajaran lebih bergantung kepada deria dengar.

Betul-betul santai. Bersandar. Tanpa pena tanpa buku nota. Ada ketikanya mata menjadi amat berat. Ada ketikanya terasa segar. Banyak bergantung kepada apa mauduk yang sedang diperkatakan.

"...untuk mengatasi masalah ini kita tidak perlu bertukar mazhab. Kita masih lagi beramal secara mazhab Syafie. Kerana salah seorang Imam dalam mazahab Syafie iaitu Ibn Syuraih berpendapat tidak batal air sembahyang bila bersentuhan lelaki dan perempuan bukan mahram jika persentuhan itu tidak mendatangkan err..apa yang orang teganu kata 'dok mari ghaa'. Heh.heh. Tapi ada orang kata. Ustaz, saya dok bulih. Kalu ssetuh mesti ghaa. Jenis nafsu kuatlah ni. Kalau orang jenis ni, dia bulih pakai pandangan Imam Nawawi. Imam Nawawi ni imam mazhab Syafie juga. Apa kata Imam Nawawi? Tidak batal air sembahyang jika persentuhan itu berlaku tanpa niat. Maksudnya bersentuh secara tak sengaja..."

6 comments:

Pa'chik said...

nok gi mekoh eh zie..selamat lah.. semugo buleh haji mabrur... jangang malboro doh la zie deh... ekekek...

keno settuh ngang hok comang-comang.. ghaa gok zie... heheh...

settuh blapik pung ghaa gok zie... heheh...

Anonymous said...

:)

DeeN said...

Salam,
Isk.. dah lama tak mai sini. Nak ke Makkah? Alhamdulillah. Moga selamat pergi dan kembali. Dianugerah haji yg mabrur!
Er... dgr ceramah jgn tido tau Zz.. ;)

zizie ali said...

pa'chik:
belum confirm. dah buat surat rayuan. insya Allah dpt.

azzam:
:)

nura:
tidur itu satu nikmat. :)

Bunga Rampai said...

Salam,

Alhamdulillah :)

tasekM said...

semoga selamat ya....