Wednesday, May 28, 2008

konotasi & perlambangan

.
Perlambangan berkait rapat dengan konotasi. Sesuatu perlambangan yang diaplikasikan bakal membawa konotasi yang pelbagai. Terutama kalau perlambangan itu tidak bersifat universal. Bisa saja mengundang kontroversi. Apalagi jika penggunaannya bukan dalam laras puisi totok. Diselit dalam artikel, ceramah atau ucapan misalnya. Kerana audiennya terlalu terbuka. Terdiri darpada perbagai golongan termasuk mereka yang sentiasa mentafsir berdasarkan lapis pertama. Tanpa rela merenung sejenak ke lapis kedua, ketiga, ...

Ada faktor tertentu yang mendorong seseorang menyelitkan gaya bahasa puisi ke dalam prosa. Mungkin untuk memberi kesan yang lebih mendalam. Contohnya ungkapan: "ku nantimu di pintu syurga". "Syurga'" di sini hanyalah sekadar perlambangan. Yang membawa konotasi 'puncak kebahagian'. Akibat dari hubungan kasih sayang yang amat hebat. Atau ungkapan 'akan ku hantar kau ke lubang neraka'. Membawa konotasi yang sebaliknya. Iaitu pembalasan paling hebat yang mampu dibayangkan oleh seseorang terhadap sesuatu yang amat dibencinya. Tentu sekali pengucapnya tidak berniat untuk menjadi Tuhan. Yang punya kuasa menentukan seseorang itu ke syurga atau ke neraka.

Sebagai audien yang tidak bodoh kita tentu sekali mampu mentafsir ungkapan-ungkapan sedemikian pada lapis yang sesuai. Dan cuba menikmati gaya bahasa yang digunakan.

3 comments:

Rajuna said...

terlalu byk disogokkan media arus perdana tempatan juga adakalanya menyempitkan pandangan atas variasi konotasi ini. apatah lagi apabila dikaitkan dengan keadaan politik semasa.

menyebalkan.

Danielle_Corleone said...

konotasi memang indah untuk melengkap dan memaknakan penyampaian isi, bagi saya pemilihan konotasi yang pelbagai dan kena pada tempatnya adalah menarik dan mampu membuatkan akal sedikit berganjak dan mula berfikir. ucapan atau tulisan yang tiada elemen konotasi mungkin agak kosong dan lebih menjurus kepada maksud yang terus. dalam apa yang dituliskan saya stuju dengan zizi... mereka gelap tentang konotasi ini punyai mata idea yang kabur...

zizie ali said...

xrajunanax:
memang menyebalkan.

corleone:
mungkin sudah sampai masa subjek sastera diwajibkan di sekolah.