Saturday, April 05, 2008

3D - matrix

Nasib baik ada Ustaz K. Jadi aku hanya berperanan cover Ustaz K. Takut kena flying kick. Salah seorang menunjuk aksi melawan. Menentang mata Ustaz K dan seolah-olah mengaum. Bimbang juga. Dalam keadaan sedemikian, tenaga mereka mungkin sudah diupgrade.

Syukur. Mereka akhirnya dapat ditenangkan.

Menurut boss mereka, bilik tempat bermulanya kejadian telah diperiksa. Ada tanda-tanda bilik tersebut baru digunakan untuk upacara pemujaan. Penyewa checkout awal pagi.

Ini bukan kali pertama budak-budak house keeping di sini kena histeria. Tapi sudah agak lama tidak berlaku.

"Nasib baik Ustaz ada. Terima kasih banyak-banyaklah..."

"Sama-sama. Tak apa-apa. Bagi mereka rehat. Kalau boleh esok bagi mereka cuti. Errr..kalau kita tengok ya..semua yang kena tu tak pakai tudung...harap-harap mereka tidak meninggalkan sembahyang" Ustaz K sempat berdakwah.

Menurut cerita, Brisdale memang menyimpan banyak sejarah misteri. Bilik-biliknya yang usang mungkin telah menjadi saksi pelbagai tragedi.

Nasib baik peristiwa tersebut berlaku tengah hari. Jadi tidaklah menggugat perancangan malam kami. Sesudah menekuni Solid Edge hingga jam 7 petang, kami terus menunggang monorel ke LowYatt. Sempat sambar Aspire 4715Z, Aztech ADSL2+, Aztech 802.11b/g USB 2.0 Adapter dan Kingston DataTraver 2G. Hangus RM2 ribu lebih.

Mendarat di Chow Kit hampir tengah malam. Sudi Mampir terletak di bawah monorel. Pekena nasi padang untuk menambahkan kandungan kolesterol.

Jamak taakhir Magrib Isya' di awal pagi. Ada rasa meremang bulu roma masa angkat takbir

11 comments:

Yana Ismail said...

Kalau lemah semangat, lagila senang nak kena tu. Waktu sekolah dulu,ustaz sampai naik asrama sebab budak histeria. Hehe,byknye duit:p

Pa'chik said...

wooo....

bos tu dok wi dup peri ke?

Anonymous said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Mungkin kena adakan bacaan surah Yassin dan Al Mulk dalam bilik tu. Eee..meremang bila terbayang.

Pu3 Liyana,

Di kolej kamu juga ada, sayang. Ajak Tiqah kalau nak wiwi tengah-tengah malam, ye dik.

zizie ali said...

princess l:
mudah kena masa lemah dan masa 'kotor'.
duit banyak? haha

pa'chik:
package kursus. dah dpt diskaun. lagipun, ini kira khidmat sukarela. kes emergency.

phu ying:
harap pihak hotel dah fikirkan cadangan tu. di hong kong dah ada hotel yg ditutup krn kes-kes misteri ni.

Pa'chik said...

dulu masa ada orang terjun dari otel renaissance kat sini, mereka panggil orang-orang mesjid kat kampung saya ni wat semayang hajat...

Yana Ismail said...

Yerla. Hangus sampai dua ribu.Banyak duit tu:p
Alamak sis phu ying, takutla plak bila sis mention kat kolej i ada benda tu.Kna kuat semangat:)

blackpurple @ jowopinter said...

Misteri di mana-mana... Isk!

Anonymous said...

Pa'chik,

Hotel Renaissance sebelah Billion tu ke? Glurpp..

Pa'chik said...

ying,
sebelah bilyun tu lah.. mana ada lagi yang lain kat sini... tapi takde gangguan dah, memula tu ada lah... hohoho... [alah.. masa tengah buat tu pun ramai gak yang kerja tu mati jatuh bangunan tu, tapi dirahsiakan... heheheeee...]

zizie ali said...

pa'chik:
aku pernah terlibat dalam operasi cari mata yang tercabut dari orang yg terjun dari bangunan tinggi. Hingga kini mata itu belum ditemui.

princess:
falsafah: org yg banyak duit tak semestinya org kaya.

bp:
ya..misteri dimana-mana. mungkin di bilik tidur anda. ha ha ha

ying dan chik:
hotel memang menyimpan ribuan misteri.