Wednesday, August 23, 2006

yang merah itu saga

Merah melambangkan keberanian. Kerana merah adalah darah. Hanya orang yang berani sahaja yang sanggup terlibat dalam pertumpahan darah. Orang penakut, tengok darah pun dah pitam.

Itu merupakan perlambangan yang universal. Secara individu, mungkin ada melambangkan merah dengan pelbagai pengertian yang lain. Dalam sastera, kepelbagaian tafsiran ini disebut ambiguiti.

Perlambangan yang bersifat individu seringnya sukar ditafsir. Malah kadang-kadang sukar dilaksanakan oleh orang lain. Contohnya, jika kau ingin angka 22,222 melambangkan sempurnanya senaskah al-Quran diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW selama 22 tahun, dua bulan dan 22 hari dan ingin jadikan RM22,222 sebagai mas kahwin perkahwinan keduamu, tentu sahaja kau tak mampu. Apa lagi dengan wang wang hantaran perkahwinan RM30,000 untuk melambangkan sempurnanya 30 juzuk al-Quran.

5 comments:

blackpurple @ jowopinter said...

tapi
kalau tanda merah
di kertas jawapan murid sekolah..
atau
di kertas ketip pekerja di ofis..
lain maknanya...

merah yang itu jangan dicari...

:-)

Bunga Rampai said...

yang merah itu saga
mampu saja diperaga
sepenuh jiwa raga
untuk miliki yang berharga...

salam.

zizie ali said...

black:
lampu isyarat merah. itu tanda bahaya. jadi, jangan tunggu, terus jalan.

rampai:
yang merah proton saga
tak payah diperaga
kerana harganya tak seberapa

tuan tanah said...

oh, yang saya tahu perempuan yang baik maharnya rendah.

eh, tersalah topik pula. maaf!

Bunga Rampai said...

Bro Zizie buat saya ketawa :D