Sunday, August 20, 2006

yang cantik itu budi

Aku bertemu lagi dengan Mek Stoking. Kali ini di sebuah pasar pagi. Di tengah laluan masuk ke pasar itu dia meletakkan kotak stokingnya. Oh, jigsaw puzzle pun ada. Bendera Malaya pun ada.

"Bendera...bendera..merdeka..merdeka..". Mek Stoking.

Macam biasa dia berseluar jean luntur dan berbaju T lengan pendek sendat. Di pinggangnya terlilit beg pinggang. Ha..ha ..hari ini Mek Stokng pakai topi sesudu pusing belakang. Macam budak rap. Rambutnya ada warna kuning sikit-sikit.

Aku agak. Umur Mek Stoking belum lagi mencecah 40 tahun. Kulit mukanya masih terik. Belum ada garis-garis halus yang ketara. Ada sedikit bekas jahitan di sebelah bibir atasnya. Namun itu tidaklah banyak menjejas kemanisannya. Sebenarnya aku tak pasti mana yang lebih tepat untuk Mek Stoking: cantik, ayu, comel, lawa, rupawan, atau manis.

Lokasi Mek Stoking membuka kotak stokingnya tidak menentu. Di depan gerai, di depan sekolah, di depan supermarket, di pasar malam, di pasar pagi, di depan pintu pejabat dan lain-lain lagi. Dan dengan budi bahasanya yang amat memikat, jualannya agak laris.

Sehingga kini aku belum tahu status Mek Stoking. Isteri, dara, janda...?

Jones,
Di tiang-tiang pasar itu masih lagi tertampal poster:

Dikir Barat
Juara:
............. (aku tak ingat)
.............
.............
Tukang karut:
Abe Jali (artis Salam Pantai Timur)
.............
............
.............
Penyanyi Jemputan:
Munirah Thailand
Jawani Merpati Kuning
Elyana Permata Biru
Tarikh:
14 Ogos 2006
Masa:
9:00 malam
Tempat:
Kg. Pak Su Man, Mak Kemas.

6 comments:

abdullahjones said...

Aisemeng! 14 ogos,. dok dang wey.

Bunga Rampai said...

Salam.
Apa pun status kita, budi itu memang cantik, apalagi jika dihulur ikhlas penuh sudi.

Stoking = stokin? Kalau ya, Mek Stoking jual stokin apa? (oopsss, menyibuk eh..)

topi sesudu: hehehe... pertama kali dengar istilah ini...bunyinya comel sekali :)

sinaganaga said...

Zz,
Aiseymengggg... Jonos dok dang mari la pulok, aiseymenggg!

tuan tanah said...

Oh, Jawani Merpati Kuning & Elyana Permata Biru tu memang penyanyi rupanya...

zizie ali said...

jones:
tak apa. mereka akan datang lagi.kkampung kita nak balik asal. macang taong 60-hang.

rampai:
yes....
=sock
:)

naga:
Jong suka yang tonggek! ha ha

zizie ali said...

tanah:
ya, penyanyi lagu-lagu saduran. liriknya diubah sesuka hati tanpa keizinan pencipta asal.