Dulu. Tahun-tahun 70-an. TV Rangkaian Pertama (kini dikenali TV1) setiap tahun menyiarkan siaran langsung pertandingan akhir debat Bahasa Melayu antara sekolah-sekolah berasrama penuh. Antara tetamu yang hadir ialah Perdana Menteri dan beberapa orang menteri.
 Antara yang paling saya ingat ialah pasukan Sekolah Alam Shah lawan 
Kolej Islam Kelang. Mungkin tahun 1974 atau 1975. Saya tidak dapat lupa 
biodata salah seorang peserta Sekolah Alam Shah yang dibacakan oleh 
pengacara majlis iaitu peserta itu bercita-cita menjadi seorang Timbalan
 Perdana Menteri. Bila pengacara menyebut perkara itu, para penonton 
ketawa.
Saya tertanya-tanya: Mengapa tidak Perdana Menteri?
Sesudah masa berlalu, barulah saya faham. Bahawa tidak ramai Timbalan Perdana Menteri yang berjaya menjadi Perdana Menteri.
Saya tertanya-tanya: Mengapa tidak Perdana Menteri?
Sesudah masa berlalu, barulah saya faham. Bahawa tidak ramai Timbalan Perdana Menteri yang berjaya menjadi Perdana Menteri.
No comments:
Post a Comment