Sementara menunggu pilihan raya, pihak yang tidak bersetuju boleh mengkritik melalui saluran yang dihalalkan oleh demokrasi. Gunalah apa sahaja medan dan media. Parlimen, akhbar, ceramah, demonstrasi, perhimpunan (ijtimak), seminar, forum, tv, internet, radio, sastera, filem, lagu, klip video dan seumpamanya. Pihak pemerintah atau pihak-pihak yang terasa mereka diserang pula berhak guna medan dan media yang sama untuk mempertahankan diri. Jika merasakan pihak lawan menyerang secara yang tidak sah, boleh guna saluran polis dan mahkamah.
 Tidak ada 
kekecohan jika demokrasi itu terlaksana dalam masyarakat yang matang 
berpolitik. Yang bahaya bila ia turut disertai oleh golongan brutal yang
 sering bertindak secara sadis. Ketika mereka tidak memiliki kekuasaan, 
mereka akan guna cara gangster seperti memukul, bakar kereta, simbah 
cat, ugutan bunuh dan ugutan rogol. Tika mereka miliki kekuasaan, mereka
 akan guna tentera untuk bunuh rakyat yang menentang.
Lebih malang lagi jika golongan brutal ini bertindak atas nama agama.
Lebih malang lagi jika golongan brutal ini bertindak atas nama agama.
No comments:
Post a Comment