Di Palestin, pertubuhan Ikhwanul Muslimin dikenali sebagai Hamas. Briged Izzuddin al-Qassam merupakan unit asykari Hamas sebagai penerusan dari 10 ribu orang mujahidin yang dihantar oleh al-Imam as-syahid Hassan al-Banna dalam perang Arab-Israel pada tahun 1948.
Para mujahidin tersebut memang tidak banyak mendapat liputan media massa. Sementelah pula selepas itu briged al-Fatah begitu menonjol sesudah dikaitkan dengan peristiwa pembunuhan terhadap 11 atlet Israel dalam sukan Olimpik Munich 1972.
Anehnya tidak lama selepas itu al-Fatah dilihat terlalu mesra Amerika. Hubungan rapat kumpulan tersebut dengan pemimpin Mesir Anwar Sadat dikatakan menjadi asbab kepada scenario tersebut. Malah ada pandangan yang lebih ekstrim mengatakan bahawa al-Fatah dan pemimpinnya Yasir Arafat terhasil dari skrip CIA.
Malah pembunuhan Hassan al-Banna ketika usia 42 tahun pada 1949 juga dikatakan ada kaitan dengan perancangan jangka panjang CIA. Hassan al-Banna dilihat berpotensi untuk muncul sebagai tokoh penting dalam perjuangan membebaskan Masjidil Aqsa.
No comments:
Post a Comment