Kejutan (surprise) merupakan salah satu teknik plot. Cuba hasilkan sebuah certot (cerita kontot) berdasarkan sinopsis berikut:
 
 Sejak pulang dari mengerjakan haji, Hj Din benar2 berubah. Beliau tidak
 lagi menghadiri mesyuarat UMNO dan lain2 program anjuran UMNO. 
Sebaliknya beliau nampak lebih banyak menghadiri ceramah2 ugama terutama
 ceramah Us Azhar Idrus. Beliau juga pernah dilihat menghadiri ceramah politik. Sebagai kubu kuat PAS sejak dahulu, memang di daerah Marang sering diadakan  ceramah politik.
 
 Perubahan Hj Din ternyata tidak disenangi oleh pihak tertentu termasuk 
ketua jabatannya. Suatu hari, beliau telah diberi nasihat oleh ketua 
jabatannya agar tidak terlibat dengan parti PAS. Hj Din menafikan 
sekeras2nya bahawa beliau penyokong PAS. Malah berterus terang 
mengatakan bahawa beliau sebenarnya penyokong DAP. Katanya, segala 
idealisme perjuangan yg didokongnya selama ini didapati ada dalam DAP. 
Di samping itu, beliau juga amat kagum akan peribadi pemimpin2 DAP 
terutama Karpal Singh.
No comments:
Post a Comment