Wednesday, July 28, 2010

simile dan hiperbola



Dulu Benteng agak meriah. Tiap kali turun Kuantan, kami tak pernah miss lepak-lepak kat Benteng. Melihat-lihat belangkas berasmara di dasar pinggiran sungai Pahang. Sambil mengunyah keropok Kuantan yang rangut ketika panas-panas dan liat macam getah skrap bila dah sejuk.

Jones, jom pekena keropok Losong hujung minggu ni.

"Keropok Losong dah tak ori. Terlalu lembut macam sosej. Keropok Teganu yang ori sedikit pejal dan punya aroma ikan selayang," kata cerpenis Mohd Azhar yang cerpennya sering tersiar dalam majalah URTV.

Pembelajaran: Ungkapan 'liat macam getah skrap' mempunyai dua unsur gaya bahasa. Pertama, simile iaitu gaya bahasa perbandingan yang mempunyai kata bandingan seperti, umpama, bagaikan, bak dan seumpamanya. Kedua, hiperbola iaitu ungkapan yang melampau atau berlebih-lebihan dengan tujuan memberi kesan tertentu kepada pembaca.

Penilaian: Sila cari gaya bahasa simile dalam dialog yang dituturkan oleh cerpenis Mohd Azhar.

8 comments:

CikguMaya said...

Dalam maksudnya...

zizie ali said...

cgcyber:
sedalam sungai pahang? :-)

akirasuri said...

Kena banyak belajar dengan Tuan Zizie. :)

zizie ali said...

biskut:
saya pun kena belajar dgn cik biskut. saling lengkap melengkapi.

Pa'chik said...

ambe dok beli kak ssohor... kale gok dok dak mane pak ssohor ni... name jah lebih...
ambe beli pak dok ssohor lagi sedak...
tapi khepok batu rakek la... bukang losong...

zizie ali said...

chik, seberang takir lagi sedak...

sinaganaga said...

Kertas simili? HA HA HA.

zizie ali said...

naga.. tu kertas faksimili. ha ha ha..