Sunday, December 27, 2009

sate jabi dan roti tempayan pulau musang

.
Sesudah 50 minit menunggu namun sate tidak juga mendarat di atas meja, kamipun bayar harga minuman dengan perasaan yang kuciwa.

Ambil jalan alternatif Jabi-Tembila sebelum menyusuri jalan pantai Kg. Raja-Kuala Terengganu. Sesudah jamak takdim Magrib-Isyak, sempat pula dengar ceramah maal hijrah. Ceramah dari Ustaz Pejabat Agama Besut itu agak menarik juga. Apakan daya kami tak dapat tunggu sampai habis. Agak sedih juga berpisah dengan ustaz dan 6 orang hadirinnya. Ustaz, kami terpaksa bertolak kerana kedai roti tempayan Pulau Musang mungkin tutup sebelum jam 12 malam. Hujan yang mula turun mungkin akan turut melambatkan perjalanan kami.

Abang roti tempayan dan isterinya menyambut kami dengan senyum manis. Kari kambing, kari ayam, daging cincang, daging bertulang masih ada. Minuman air suam sudah memadai kerana kami sudah minum di restoran sate Jabi tadi sore.
.

5 comments:

dugongsenyum said...

mana gambar roti?

balqissy said...

sate Jabi. pernah makan. sedap gak ;) tp, roti tempayan xpernah rase :(

Pa'chik said...

wane gok lambat tuh?? orang rama tlajok ke wane???

boh zie gi dekak ngorek dek pong... :P

zizie ali said...

dugong:
sila google image 'roti nan'. haha.

balqissy:
roti tempayan/nan makanan asasi di pakistan, bangladesah dan daerah tertentu di india.

zizie ali said...

chik:
6:10 pm. awal lagi tu...