Saturday, January 17, 2009

oh razali

.
Malam kelmarin dengar hiruk pikuk pelajar-pelajar UIA Nilai unjukrasa anti-Israel. Lewat pakej Family 1+5, Angah call dan perdengarkan hiruk pikuk itu. Tanpa caj.

Sebelum itu Angah minta izin untuk ikut berdemo. Aku izinkan malah minta dia berteriak kuat-kuat. Tunjukkan kemarahan betul-betul terhadap kekejaman yang berlaku di Gaza.

Kali pertama Angah berteriak kuat-kuat ialah ketika ia menyertai majlis motivasi calon-calon elit UPSR Kuala Terengganu. Dikendalikan oleh Datuk Razali Ismail. Ibu bapa juga diminta hadir di samping anak masing-masing.

"Yakin boleh!" tempik Datuk Razali.

"Yakin boleh!" tempik budak-budak.

"Yakin boleh 5A!!" tempik Datuk Razali.

"Yakin boleh 5A!!" tempik budak-budak. Ibu bapa pun ada juga yang bertempik sama.

Dengan izin Allah, Angah kemudian memang dapat 5A dalam UPSR. Aku sekali lagi menemani Angah. Kali ini dalam majlis anugerah pelajar-pelajar cemerlang UPSR. Anugerah disampaikan oleh ahli parlimen Kuala Terengganu pada ketika itu iaitu YB Syed Azman bin Syed Ahmad Nawawi mewakili Menteri Besar Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Ketika itu Datuk Razali merupakan Pengarah Pelajaran Terengganu. Minatnya dalam bidang motivasi diekploitasi sepenuhnya dengan turun padang bertemu para pelajar.

Penglibatan secara langsung Datuk Razali dalam politik dikatakan bermula bila menerima tawaran PM untuk bertanding di parlimen Kuala Terengganu dalam PRU 11 dengan dijanjikan jawatan menteri. Beliau berjaya melakukan kejutan dengan menewaskan Syed Azman namun ternyata kemudian beliau cuma sangkut jawatan Pengerusi PTPTN. Kemudian dalam PRU 12 beliau menewaskan Mat Sabu dan Makcik Maimun dan diberikan jawatan Timbalan Menteri Pelajaran.

Penglibatannya dalam UMNO dikatakan tidak begitu disenangi oleh otai-otai UMNO Kuala Terengganu...
.

6 comments:

Che Li said...

Masalahnya tuan, lepas menjerit-jerit, bersukaria pulak berposing untuk foto. Dengan gelak2 sakan. Apa yg kita dapat?

Kan bagus lepas jerit2 tu seme masuk masjid buat solat hajat sekali lagi. Apa salah kalau buat dua tiga pun solat hajat.

Saya tegur jugak mereka ni, terdiam tak menjawab pulak...

Iman Mawaddah said...

Salam,
Harap belum terlewat untuk mengucapkan selamat kembali dari tanah suci.

abdullahjones said...

bro,lain kali mahu ke nilai, kasi tau. hotel free.:)

Mardihah said...

aku mahu sekali nak kau memuatkan diriku sebagai rakan dalam list yang terpaut....huhhuhuu

salam raikan cinta

DeeN said...

:D

zizie ali said...

che Li,
bab solat hajat tu ana sokong seratus peratus.

Iman,
Jazakallah hukhairan kathira.

jones:
hotel free? pucuk dicita ulam mendatang. (pucuk hanya untuk kambing)

mardihah:
Boleh. Nanti bila gua selongkar setting blogspot. Sehari dua lagi.

Deen:
Senyum itu sedekah.