Saturday, September 13, 2008

seperti melawan arus

Kali terakhir berjumpa Mak Ngah ialah dua bulan yang lalu. Pada malam pengkebumian jenazah Megat. Jenazah Megat diuruskan di rumah adiknya. Keempat-empat isteri dan bekas isteri arwah Megat hadir pada malam itu.

Dalam majlis pada malam itu kewibawaan Mak Ngah agak terserlah. Sebagai satu-satunya emak saudara simati yang masih ada, Mak Ngah banyak membuat keputusan. Boleh dikatakan tiada siapa yang nampaknya membantah apa yang diputuskan oleh Mak Ngah.

Bagi para pengunjung yang bukan saudara mara. Yang belum pernah bertemu Mak Ngah. Malam itu bolehlah mereka mengenali orang tua yang agak glamour tidak berapa lama dahulu itu. Namun tiada siapapun nampaknya meminta Mak Ngah sign autograf.

Kemampuan Mak Ngah meraih lebih 600 undi agak mengkagumkan banyak pihak. Namun rata-rata berpendapat itu bukanlah faktor yang menyebabkan tewasnya Mat Sabu. Ramai orang berpendapat, tanpa penyertaan Mak Ngah, Mat Sabu tetap tewas. Sebab Mat Sabu bukan orang tempatan. Dikatakan bahawa jika Cikgu Pa diletakkan di situ, ada kemungkinan boleh menang. Sebab Cikgu Pa orang lama di situ. Cikgu Pa pernah jadi MP di situ dalam tahun 70-an. Menewaskan Presiden Parti Kepala lembu iaitu Kassim Ahmad. Cikgu Pa kemudian dilantik jadi Timbalan Menteri. Masa itu parti bulan bintang merupakan salah satu komponen parti dacing yang baru baru menukar lambangnya dari kapal layar.

Kini Cikgu Pa bukan lagi wakil rakyat. Beliau tewas di DUN Alur Limbat. Seperti Mat Sabu juga, beliau dilihat makin tenggelam dari hiruk pikuk politik semasa. Mereka berdua seolah-olah dilupakan dalam merancang halatuju organisasi. Jadi tidak hairanlah bila berbicara tentang 16 September, mereka berdua amat pesimis. Seperti melawan arus. Bagi mereka aktiviti 'melompat' adalah satu aktiviti yang jijik. Mereka masih belum mampu mensinonimkan melompat itu dengah berhijrah atau keinsafan.

11 comments:

Danielle_Corleone said...

hmm. menarik juga tu. melompat ke arah lebih baik. :-)

Pa'chik said...

jadi b'bunying supo oghe che'gu pa pulok sabotah mak sabu... hehehe...

Ku Keng said...

Melawan arus atau berterus terang?

zizie ali said...

corleone:
ada lompat positif, ada lompat negatif.

chik:
kelebihan mat sabu hanya pidato dan sifat berani. dari segi merancang strategi, mat sabu agak lemah.

keng:
melawan arus dgn cara berterus terang. :-)

dugongsenyum said...

terang-terang menipu?! haha

faridmw said...

salam.. selamat berpuasa.. klu takut ombak jgn berumah ditepi pantai.. ada kena mengena ka????

zizie ali said...

dugong:
perang saraf. penuh dgn tipu muslihat. haha

farid:
ya, kalau takut tsunami, berumah saja jauh dari pantai.

ckLah @xiiinam said...

Salam singgah....

Hidup ibarat roda....kan!

zizie ali said...

ciigu xiinam:
ya, ibarat sport rim.

Ku Keng said...

Haii ...... rumah baru pulak dah.

zizie ali said...

keng:
bukan rumah baru. repair rumah lama. haha