Wednesday, September 24, 2008

kelana

.
.
Dulu. Lamaa dulu. Dalam Berita Minggu ada siri komik 'Kelana'. Dihasilkan oleh R.Hamzah. Mengisahkan seorang pemuda zaman dulu yang merantau dari satu desa ke satu desa. Di setiap desa yang disinggahinya, dia akan membantu penduduk desa menyelesaikan masalah mereka. Biasanya menghapuskan crook yang mengganggu ketenteraman desa. Lebih kurang masa itu juga, TV Satu ada menyiarkan satu siri cerita koboi. Konsepnya hampir sama dengan komik 'Kelana'. Lupa. Apa tajuknya. Heronya siapa entah.

Bukan apa. Aku sebenarnya tiba-tiba teringatkan Kelana Jaya. Macam mana tempat tu mendapat nama. Siapa yang memberinya nama begitu. Walau macam manapun, antara banyak-banyak 'jaya', antara yang paling awal ialah Petaling Jaya. Jauh lebih dulu dari Kelana Jaya, Putra Jaya, Cyber Jaya.

Oh, dah 24 hari kita berpuasa. Aku percaya hampir semua blogger-blogger yang beragama Islam berpuasa. Kepada seorang blogger Melayu yang sanggup menyamar jadi Cina di bulan puasa ini, aku harap dia akan segera bertaubat. Sedarlah bahawa Allah tidak menilai rupa paras kita. Apa yang akan kita bawa bila mengadapNya di padang Mahsyar nanti ialah jiwa yang sejahtera.

Hari ini aku akan berbuka puasa dengan sebiji kurma dan segelas air mineral.

Terima kasih.
.
.

3 comments:

Pa'chik said...

ekekeke... ade ke bloge hok nyamar jadi cine zie? ekekekek...

kelana tu.. macang cite kungfu gituh...
dok pong.. pendekar apo...

faridmw said...

salam... selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin... tultu... allah nampak apa yang kita lakukan.. bawak2 la insaf.. kenyang ka buka dgn kurma dan air minerel? senyum selalu ;)

zizie ali said...

chik:
ada. dia tulis dlm blognya. menyamar jadi cina untuk beli makanan tengahhari.

farid:
ya. kita tak boleh tipu Allah. jadi, jgn menyamar unt tujuan tak baik.
sebiji kurma memang tak kenyang. lepas solat magrib pekena pula nasi ayam. haha