Saturday, March 17, 2007

buaya di air jernih

Sungai kampung kami tak ada buaya. Seperti kata orang Kelantan "Kleo woto no boyo" (clear water no buaya).

Sebab itulah bila ada buaya yang timbul di sungai kampung kami, ia menjadi sesuatu yang anih. Lalu dikaitkan dengan peristiwa tertentu. Kebetulan pada ketika itu kampung kami baru saja digemparkan dengan peristiwa haruan makan anak. Yang memainkan peranan haruan ialah Pak Itam (bukan nama sebenar). Mangsa adalah anak gadisnya yang lebih dikenali dengan panggilan Semek yang ketika itu berusia 16 tahun. Semek yang berhenti sekolah selepas darjah enam adalah seorang gadis yang menarik (walaupun ketika itu aku baru berumur 9 tahun, aku dah dapat mengukur nilai estetika makhluk yang dinamakan 'wanita').

Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin kampung kami telah berjaya menyelesaikan kes itu dengan "baik". Anak yang dikandung oleh Semek berjaya dihalang dari mengenal dunia. Khabarnya dengan bantuan kepakaran seorang tok bidan. Tiada bahan peledak C4 diperlukan bagi meletupkan Semek.

Sejak peristiwa itu, Pak Itam membisukan dirinya. Tidak lagi bercakap dengan sesiapa. Dan dia tidak lagi melihat muka sesiapa. Mungkin itulah cara Pak Itam menghukum dirinya sendiri sehinggalah dia dipanggil pulang oleh Allah SWT beberapa tahun yang lalu.

Semek masih hidup sehingga hari ini. Menjual makanan di pasar malam bersama suaminya. Dibantu oleh anak gadis mereka yang comel.

Tiap kali melihat Semek, pasti aku akan terkenangkan Pak Itam. Juga terkenangkan buaya yang timbul di sungai kampung kami.

15 comments:

Kemat said...

Walau bagaimanapun, pemimpin-pemimpin kampung kami telah berjaya menyelesaikan kes itu dengan "baik".

Dalam maksud kamu itu kan. Kadang2 susah nak buat keputusan, antara baik dan pengorbanan.

Pa'chik said...

elok buaya tu makan bapak haruan tu.

blackpurple @ jowopinter said...

"baik" juga seba terlepas 20 tahun merengkok. "Baik" di sini lah...di sana...?

kingbinjai said...

panggilah uncle seeker siasat

pB said...

di sini terlepas, di sana belum tentu lagi...

INDERA KENCANA said...

Betulkah buaya akan wujud dalam masyarakat manusia yang pincang?

P/s Kat Langkawi tak ada buaya?

INDERA KENCANA said...

*Ralat*
Bang, aku maksudkan masyarakat tu secara umum..
Jangan pulak kau kata aku tuduh masyarakat kampung engkau pincang..

P/s Aku takut di-gam.

zizie ali said...

kemat:
prinsip CIA: semua pihak yang menggugat kepentingan amerika adalah 'jahat'.

pa'chik:
mungkin buaya pun tak amhu mencemarkan dirinya dgn makan haruan jenis tu.

bp:
itulah akibatnya bila ambil nilai manusia. bukan nilai syariat.

king:
takyah siasat dah. dia dah buat pengakuan. dan dah taubat kununnya.

pb:
nak terlepas 'di sana' kenalah mitak dikenakan hukum hudud 'di sini'.

indera:
banyak. di taman buaya.

indera:
memang mayarakat hari ini terlalu pincang.

Pa'chik said...

maaf ye zie,
adakah perlu dia dikenakan sebat itu, sedang negara kita ini bukan negara yang mengamalkan hukum Allah, bukan negara Islam.
Pernah terbaca satu artikel, sedang orang kapir di negara ni pun tidak buleh dikelaskan kepada dzhimmi atau harbi. pelik juga dengan negara ni.

Anonymous said...

masa zaman ko kecik2 lagi haruan dah pandai makan anak yer.

13may said...

bahaya bila buaya timbul nih.....

sinaganaga said...

>>>"Kleo woto no boyo"

Wo! Macam nama band rock ni!

tuan tanah said...

Apa jadi pada buaya tu?

zizie ali said...

pa'chik:
teruskan perjuangan!

penyu:
penyakit zaman berzaman. lebih membimbangkan kini ialah haruan makan adik. akibat berleluasanya cerita (cerpen?) di internet dan vcd biru yg membawa tema berkenaan.

13may:
tiap sesuatu ada membawa petunjuk. hanya yg arif mampu mentafsirnya.

zizie ali said...

naga:
nama kumpulan nasyid pun boleh. ha ha

tanah:
menyelam semula dan tak timbul-timbul. kih kih