Dia disenangi oleh para pelajar kerana kemesraannya. Mudah diajak 
berbincang dan tidak suka menyusahkan pelajar dengan tugasan yang 
membebankan.
 Majoriti pelajar menganggap dia pensyarah yang 
paling berdedikasi. Menguasai bidangnya dengan begitu cemerlang.  
Mungkin statusnya sebagai andartu membuat dia punya cukup masa untuk 
benar-benar fokus kepada profesion.
 Kelemahannya yang ketara ialah dia masih lagi belum bertudung. Masih dengan fesyen rambut kontot yang menjadi identitinya semenjak remaja. Dia juga pernah mengaku di depan para pelajar di dewan kuliah bahawa 
dia tidak mendirikan solat lima waktu. Dia hanya solat sekali-sekala 
bila ada kelapangan. Walaupun mengakui akan kewajipan solat sebagai 
salah satu rukun Islam tapi dia merasakan rutin tersebut menganggu 
kelancaran jadual hidupnya. Katanya, Allah maha pengampun.
No comments:
Post a Comment