Tuesday, April 08, 2014

BATU-BATU PENUNJUK JALAN


Maalim Fi Taariq merupakan karya terakhir Syed Qutb. Diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris sebagai Milestone dan tersebar semerata dunia sebelum diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa.

Bertitik tolak daripada falsafah bahawa krisis nilai yang wujud adalah hasil dari pertembungan Islam dengan jahiliah. Menjadi tugas setiap mukmin untuk berjuang meruntuhkan jahiliah dan di atas keruntuhan itu didirikan Islam.

Buku ini ditulis bagi menyambut uslub dakwah yang telah diperinci oleh Hassan alBanna. Uslub paling sistematik yang mengambil kira pelbagai uruf yang sentiasa berubah sepanjang zaman.

Meskipun pendekatan yang dipilih oleh Hassan alBanna adalah paling aman tanpa pertumpahan darah, namun ia tetap dicurigai oleh jahiliah. Malah oleh mereka yang dikalung title ulamak. Sehingga ada yang sanggup berfatwa bahawa setiap orang yang telah diracuni fikrah Hassan alBanna adalah halal darahnya. 






  

1 comment:

Ex-Editor said...

Antara buku yang paling disukai dan guru saya kata dia baca 14 kali masih terjumpa maksud tersirat yang baru..