Tuesday, January 01, 2008

jahat

Ab. Rashid, 65, yang baru sahaja dilanjutkan perkhidmatan sebagai Pengerusi SPR selama setahun pada 27 Disember lalu – selepas Perlembagaan Persekutuan dipinda bagi membolehkan beliau meneruskan tugasnya – berkata, BN tidak memerlukan pertolongan SPR untuk memenangi pilihan raya umum kerana parti itu mempunyai kekuatan tersendiri.


‘‘Janganlah disebabkan pembangkang kalah dalam pilihan raya, SPR pula menjadi mangsa. Kita tidak pernah bantu BN untuk capai kemenangan dan sememangnya parti itu kuat dan ia mempunyai calon di semua kawasan pilihan raya. Sekiranya pembangkang mahu bersaing, mereka perlu letakkan calon seperti yang dilakukan oleh pihak BN,’’ katanya.


Ab. Rashid berkata, beliau terdorong untuk membuat cabaran seumpama itu kepada pihak pembangkang kerana mereka tidak pernah positif terhadap apa yang cuba dilakukan oleh SPR.


‘‘Mereka hanya tahu memperlekehkan usaha SPR dan mereka langsung tidak pernah menghargai apa yang kita lakukan. Sekiranya SPR tidak adil, tidak mungkin Kelantan kini diperintah oleh Pas.


‘‘Begitu juga dengan pilihan raya umum Sarawak tahun lalu yang mana kebanyakan kawasan bandar dimenangi oleh calon parti pembangkang.


“Adakah ini tidak cukup adil lagi bagi mereka?’’ tambahnya.

3 comments:

Pa'chik said...

agak-agak sanggup ke mamat neh BERSUMPAH DENGAN NAMA ALLAH yang dia tidak pernah terlibat membantu BN menang...

zizie ali said...

sanggup. kerana baginya, apa yg dibuatnya tidak salah. demi keselamatan negara. agar negara tidak jatuh ke tangan ekstimis.

rupiah said...

saya pernah jadi peg spr mase pilihanraya. Kira undi, tolong pangkah, bisik-bisik kat pengundi, tolong seal tong undi. Mase tu ada kuasa boleh halau keluar orang besar yang datang melawat tak betul cara , cuma tak tau macamana nak tipu kertas undi sebab semua mesti telly dan buat kerja depan semua parti. Bila dah serah tong kat DO,boleh balik tidok...